Blog ini perkongsian kisah Pembacaan, Pengembaraan, Kewangan, Pelaburan, Kesihatan, Motivasi, Memancing,Komputer, Automotif, Fotografi, Videografi dan lain-lain.. -Based On My True Story-
10 January 2024
08 January 2024
Tips Ubah Sikap
Cara nak ubah sikap kita dari sekarang yang biasa-biasa sahaja kepada luarbiasa
BAGI LEBIH.....
Maksudnya apa sahaja yang kita buat adalah gandakan dia...
Extrakan menda tu...
Sentiasa bagi lebih...
Tambahkan lagi apa sahaja bagi nampak lebih...
Semoga tips yang simple ni dapat memberikan impak dalam kehidupan anda...
Tips dari Faizul Ikhwan.. Follow FB dia...
07 January 2024
Tiada Jawatan
Alhamdulillah ..
Sudah tak jadi bendahari lagi...
04/01/2024
Khamis malam jumaat...
Surau depan rumah aku ni buat mesyuarat agong bagi pemilihan AJK sessi 2024/25..
Sepertimana sebelum ini memang aku adalah bendahari sejak 2017...
Tapi tahun ini memang aku tekad tak nak dah pegang jawatan sebagai bendahari surau...
Elok aje pas pembubaran ajk lama..
Terus aku bangun keluar..
Buat2 sakit perut..
Then.. Selamat... Hehe..
Terlalu banyak konflik bila berada dalam jawatankuasa ni..
Bila kita tak boleh dengar arahan dan hanya nak orang terima arahan sahaja..
memang agak susah nak berurusan...
Cukuplah aku datang ke surau sebagai ahli jemaah biasa sahaja...
Bila berada dalam ajk ni pening kepala.....
memang agak susah...
Konflik merata-rata...
Mungkin gaya pemikiran kita berbeza-beza....
So sekarang aku dah free...
Semoga tahun ini aku lebih fokus pada kejayaan...
lebih baik daripada memikirkan konflik yang tak habis2..
Next.....
Buku pertama tahun ini
Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah swt tuhan yang agung lagi maha mengasihani...
Pembukaan tahun 2024 ini..
Tajuk buku : Syurga Yang Di Rindukan
( Rahsia Keindahan Syurga )
Ust Muhammad Hatta Selamat
Ms 387
Tarikh Beli 26/06/2023
Tarikh Tamat 05/01/2024
Jangkamasa Baca 6 Bulan.. ( 1 Buku je )
Poor Attitude..
01 January 2024
2024 Apa Yang Ada...
Selamat Tahun Baru kepada semua..
Apa yang ada pada tahun ini...
Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui...
Semoga Allah SWT memberkati perjalanan hidup ini...
Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...
InsyaAllah Tahun 2024 ini menjadi tahun yang lebih baik dan lebih cemerlang..
Tekadkan Azam...
Ready To Take Off...
Next....
Tahun 2023 Apa Kejayaan Aku?
Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyantun...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..
Penghulu segala Anbiya'...
Kedua ibubapa, guru2, keluarga tercinta semua...
Disini aku nak recall balik apa yang dah aku buat sepanjang tahun 2023 ini...
1. Jual rumah taman mentiga ( Rumah Lelong Ke-3 )
- Jual Feb tahun 2023, setel Jun 2023
2. Buku Yang Berjaya Di habiskan 2023 ( 6 Buah aje..)
i- Wang Emas - Zulkifli Shafie
ii- The Simple Path To Wealth - JL Collins
iii- Teroka Sains 1- Dr Wan Fahmi
iv- Mudahnya menjemput Rezeki - Fathuri salehudin
v- 11 Amalan Memiliki Kekayaan - Ebit Lew
vi- Road To Resign - Hasfiza Hassan
3. Menulis 52 kali posting di blogspot ( Satu Pencapaian Luar Biasa )
4. Mendowngrade Kereta daripada Hilux 2.5 G kepada Axia G 1.0
- Penjimatan kewangan sebanyak RM600.00
- Baby step 2 ( Dave Ramsey )
5. Berjaya Menyah tagih Chess.com
6. Berjaya Pumping 10X setiap hari
- Bermula bulan Nov
7. Berjaya Merekod Fail Resit LHDN
8. Berjaya Beli Rumah lelong Di Gambang.
9. Berjaya Saving 1K dari kenaikan gred.
10. Masuk bertanding boling pekdis di daerah ( No3/15 ) di kuantan plaza ( No23/30 )
Aku rasa ini je yang aku ingat untuk kali ini...
Semoga Tahun 2024 Menjadi Lebih Cemerlang..
Buat dulu..
Tulis Kemudian...
" 2024 Year Of Excellence "
InsyaAllah Jika Di Izinkan Oleh Allah swt....
Nasihat Haruki murakami
Apakah menda yang wang tidak boleh beli 1. Kesihatan yang baik 2. Tidur yang lena 3. Senyuman yang manis
-
RUTIN PAGI & 10 KUNCI KEKUATAN IMUN" Pagi ini saya bangun jam 5.00 pagi. Sunyi. Sejuk. Saya duduk sejenak. Syukur—kerana masih dibe...
-
Lepas Beberapa kali siri towing.. Akhirnya aku hantar ke Perodua Sevis centre.. Kalau sini pun xleh jalan.. Aku kira ambil kereta lain jelah...
-
24 September 2026 Khamis Tmg Beserah Kalini kena waktu beli barang abangah.. Masa start nak pergi tu okay lagi.. Sebab tu rasa konfiden je b...