10 July 2010

ATM Machine Kuar kan Emas..Ye ke?

Sekarang di Abu Dhabi ( UAE ) dah kuarkan syiling emas dari ATM Mesin... Mesin ini direka khas oleh usahawan Jerman, Thomas Geisler . Dah pun di uji di jerman sendiri pada tahun 2009. Namun kini sudah siap di guna pakai di Palace Hotel di Abu Dhabi.. Kita di Malaysia juga suatu hari nanti  boleh mengikuti jejak langkah mereka... Macam xcaya lak yer.. Hehe.. Layan dulu gambo nih..

01 June 2010

Promosi Hebat..

Assalamualaikum W.B.T... Salam Sejahtera..

 Salam kepada semua pengunjung blog aku nih.. ada tawaran hebat menanti anda, kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi dealer. Dengan hanya bermodalkan 20K sahaja anda sudah layak untuk menjadi agen rasmi public gold/public dinar..
 Kalau sebelum ini modal yang diperlukan adalah 40K, promosi ini terhad dalam bulan jun sahaja. Untuk keterangan lanjut sila hubungi pejabat rasmi public gold ataupun telefon no 017-4859916. Layari laman web www.publicgold.com.my. Sekian..

.

16 May 2010

Trend Emas Kini..

Assalamualaikum w.b.t...
 Nampaknya dah lama betul aku xmengupdate blog nih.. dah nak berkulat di buatnya. Maklumlah xde isu nak ditulis lately.. Bukan xbuka blog nih, always menjenguk cuma xde isu nak diperkatakan..
 Jadi, kenapa plak aku menulis hari ni.. hehehe.. mestilah ada isu kan.. Isunya korang cuba perhatikan kenaikan pada harga emas sekarang? agak2nyalah dia akan menurun ke menaik graf dia? Kalau pada sesapa yang main forex or fcpo ke mesti faham giler tentang graf2 nih.. maklumlah kalau tren turun je sell naik jer buylah.. duit tu bro.. hehehe. Cuma emas nih baca nya xlah sama mcm eurojpy or euro usd..
 Korang lagi faham kan..
 Berbanding dengan emas ni.. memang lambat gilerlah.. Tapi once dia dh hit target tuh... korang boleh gulung misailah( yang xbmisai xbolehlah.. macam aku)..hehe..
 Dua tiga menjak nih aku tengok kenapalah dalam keadan dolar melemah tapi emas tetap xjugak naik2.. Pening jugak kepala aku.. Jadi aku pikir mungkin ada sesuatu yang membantu mengukuhkan dolar tersebut.. Ya.. Suntikan modal sangat diperlukan untuk menguatkan kekuatan dolar..
  Tapi sampai bila dolar nak disuntik dan di bantu.. dalam keadaan pasaran global yang masih xmenentu dolar pastinya akan tetap lemah dan terus menjunam ke bawah... Bila dolar sudah tidak dapat menarik keyakinan pelabur maka ketika itulah kekuatan sebenar pada emas akan meningkat..
  Pelabur akan menjadikan emas sebagai sumber nilai kewangan alternatif untuk menjamin nilai pada dagangan nya.. Justeru harga emas akan terus meningkat dengan lebih baik lagi.. Korang tunggu jelah ye.. Emas memang tidak pernah menghampakan pemiliknya sepanjang zaman.. Dulu, kini dan selamanya.. Pada yang telah membuat langkah awal dengan menyimpan emas aku ucapkan syabas dan tahniah pada anda pada yang belum cepat2lah mendapatkannya sementara stok masih ada.. Sekian dulu bye2.. Adios... 

26 February 2010

Salam Maulidur rasul 1431H/2010M

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

 Kepada semua pengunjung blog aku nih.. aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ke 1431H/2010M..  Hari ni aku berkesempatan menyambut maulidur rasul dengan berarak di sekitar bandar sibu. Bermula belakang wisma sanyan pastu pusing kat masjid An Nur masuk ke kampung hilir.. Boleh tahan jauh gak tuh. Tapi Sempena menyambut kelahiran junjungan mulia ni aku rasa teruja jugak maklumlah 1st time berarak beramai2 sekitar bandar sibu..
 Aktiviti aku semenjak dua menjak nih memang sibuk betul.. Mulanya menyambut kelahiran anak kedua aku ( Alhamdulillah Rezeki..) Semuanya selamat.. dan aku pun dah hantar wife aku berpantang kat kampung..
 Balik je pas cuti.. alamak aku terlupa nak wat soalan prestasi bebudak .. pergh kelam kabut pulak nak razor sana sini beb.. Nasib baik sempat..selamat lah bebudak tu exam.. Pasni nak tanda markah lagi nak key in data lagi wowowo.. Banyaknye keje.. hehe tapi rileks ler kata daddy cool ( pinjam kata azizi ali huhu )
 Sambil2 tu sempat lagi aku tengok the arrival copy dengan pidaus.. memang syok layan dokumentari ni beb.. tapi mintak maaflah xde jual kat pasar malam menda ni.. Dokumentari ni pun ada jugak cite melibatkan pasal wang or matawang (Currency)... So apa aku nyer point nak cite kat korang kali ni...
 Hehehe.. Korang tau tak tentang perkembangan emas...? Sebenarnya harga emas ni akan naik dan terus naik lagi hehe.. Meskipun perlahan tapi tetap akan naik.. Kenapa? Ini adalah satu rancangan dan telah pun berada dalam satu sistem yang sangat kompleks.. sekarang ni kita berada dalam satu plot ekonomi terancang.. Aku ni dah lama study pasal sejarah dan secara kebetulan semuanya ni berada dalam mainan sejarah..
 Adakah kenaikan emas ni secara kebetulan..? Sudah tentu tidak? Setakat manakah keyakinan anda tentang kekuatan yang ada pada matawang kertas sekarang..? Dollar, Pound Sterling, Ringit Malaysia. Euro, Yen.... Kita sebenarnya sekarang sedang bermain dengan illusi.. Memang dahsyatlah..
 Korang mesti tau kredit kad? E-wallet?..Internet banking? Apa yang korang faham?.. Kita sedang bermain dengan angka.. mata.. dan kertas sahaja.
 Apabila Dollar mengalami kejatuhan nilai akibat perang, penipuan, korupsi, konspirasi.. dia akan turut menarik semua nilai matawang lain umpama magnet... Jadi emas akan mengambil tempatnya kembali..
 Jadi wise man says... Keep your money to the gold at least 5%.. Before u ain't got nothing.
Sekian dulu posting kali ni... Byee.

19 January 2010

Macamana nak kenal emas anda?

Assalamualaikum....W.B.T dan Salam sejahtera..
Harapan dan doa aku semoga tuan puan sihat semuanya..
 Pada sapa2 yang berminat nak berkongsi hobi tentang emas dengan aku kat  sekitar sibu town ni bolehlah riki2 aku kita TT sama2..
  Kat sini Cuma satu je aku nak kongsikan dengan korang.. Secara praktikalnya...Padaa sesiapa yang ada wang emas tu ( yang xde xdapekla den nk nolong ).. xkiralah dinar emas pg ke kijang emas mybank ke dinar kelantan ke.. apa sajalah nama syiling emas tu.. Cuba korang pegang emas tu sebelah tangan dan sebelah tangan lagi korang pegang duit 50sen @ 20sen.. Pastu korang jatuhkan atas lantai batu/marmar (lantai kayu xlehla..) apa bunyinya? mesti lain bunyi. Satu bunyinya krruung krungg krungg.. Satu lagi bunyinya ktingg ktingg ktinggg.... Maknanya, logam emas ni bunyi dia lain dr logam besi ke timah ke kuprum ke apa2 jelah. So, hanya jauhari yang dapat mengenal manikam. Rumusannya senang korang nak tau emas korang tu, kalau bunyi ktingg ktingg ktingg tu.. FAKE lah maknanya.. Huhuhu.. Selamat mencuba

16 December 2009

Kenapa Mesti Emas Public Gold?

Assalamualaikum w.b.t
Harapan dan doa saya semoga anda semua di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Untuk posting kali ni saya nak berkongsi dengan tuan-tuan tentang kebaikan membeli dan menyimpan emas pelaburan(Jongkong/Syiling). Kita tidak perlu risau dan runsing tentang ketulenan emas PublicGold ni. Emas yang dikeluarkan oleh Syarikat PublicGold sememangnya emas tulen yang diperakui dan dijamin oleh Assayer sebuah syarikat yang menguji ketulenan logam, nak senang rujuk http://jutawanemas.com Syarikat PublicGold juga diperakui oleh Guinnes Book Record Of Malaysia tentang ketulenan emas yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Public Gold juga pernah dijemput dalam rancangan AC? untuk memberitahu masyarakat tentang emas yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut (boleh rujuk posting terdahulu). Jadi ketulenan emas yang dikeluarkan oleh Syarikat Public Gold tidak perlu di ragui. Kita juga boleh merujuk secara terus ke laman web PG di www.publicgold.com.my. Sekian dulu.. bye2..

Computer Box Alza

23 September 2026 Khamis Syam Auto Komputer Box Rosak 5 Hari duk bengkel cha.. Isnin baru ni aku pergi tengok.. Hantar towing khamis malam j...