13 September 2026

NETFLIX

Netflix
Start langgan
10 September 2026
4 User
Rm49.90
1 Cycle /month

Saja nak cuba
Kalau sebelum ni nak cut petbelanjaan..
Kali ni saja nak cuba
Sebab bila² boleh cancel..

Layan satu cerita
Dharduwan..
Filen hindi..
Arjun rampal, sunjay dutt..
Best jugak .
Cuma banyak masa rugilah tengok tv ni..

Sesekali apa salahnya..

12 September 2026

Royal Pahang Polo Club

Sekarang Sedang berlangsung Royal Polo
07-27 September 2026

Aku sebenarnya belum pernah tengok lagi..
Kali ni ada peluang kenalah petgi tengok..
Main kat padang polo je..

Best jugak rupanya..
Barulah aku faham
Cara bermain polo..

Ada 4-6 chukka
Pas jaring gol..
Kuda akan bertukar arah gol pulak..

Setiap satu chukka 7 minit
Ada handicapped jugak..

Sapa ranking tinggi dapat mata lebih..
Best jugallah laya polo ni..
Geng anak raja yang ramai ni..

Kursus Asas Memanah

Kursus Asas Memanah..
SKSA
12SEPTEMBER
Kalau ikutkan harini ada bengkel jawi T5

Kebetulan surat keluar tarikh yg sama..
Aku kena pergi ke sini lah .

Naim urus yang sana..
Sini dapat ilmu
Sana dapat duit..

Takpelah ilmu itu kekal
Susah nak dapat..
Duit boleh cari lain..

Boleh lah kenal dan tahu basic memanah..
Coach dari kuantan
Akademi memanah al ansar..
Dekat terminal bas Indera mahkota.
Pecah cermin kena panah dengan coach 
Tak sengaja terkeluar dar target..

Memang power coach ni.

Air Compressor

Harini
12 September..

Kompressor Angin
Reaim
30L
Combo Set

Shopee
Harga Asal 
Rm429.99
Total
Rm341.87

Lama dah masuk wishlist
Tapi duk fikir
Berbaloi atau tak..

Akhirnya
Atas dasar menda boleh pakai lama..
Memang angin kenderaan 
kena isi sokmo .

Pastu 
banyak nak guna..
pam tayar basikal, motorsikal, kereta, kereta sorong, bola..
Nak tembak angin pun boleh .
Cat sikit sikit .

Nak tengok jugak
Sistem pneumatik ni berfungsi..

Cubalah dulu .
Harap berbaloi beli menda alah ni..


10 September 2026

Kassim Baba

Harini test kedai kassim baba
Teluk Cempedak..
Belum pernah singgah lagi..
Baru kali pertama..

Order roti tempayan cheese..
Sedaplah jugak kedai ni..
Recommended..
Harga pun okay..

Boleh repeat lagi..

09 September 2026

Rutin Inspirasi KHM

Saya punya produktiviti rutin:

1. Bangun awal, 4-4.30am dah bangun. 
2. Buat kerja waktu semua masih tidur. Deep work. 
- deep plan, deep journal, deep checklist!, menulis buku. 
3. Masih hantar anak sekolah jam 6.30am.
4. Wajib ke gym, sekurangnya berjalan kaki 5km. Sekitar 50 minit - 1 jam. 
5. Bersiap ke tempat kerja. Jumpa orang.
6. Kopi selang sehari. Dah tak ambil setiap hari. 
7. Baca buku 4-5 buku seminggu. Setiap hari 15 minit minima pagi, 15 minit minima selepas senaman, 15 minit petang, 15 minit malam. 
8. Siapkan konten awal pagi atau malam. Minima 24 konten sehari perlu disiapkan (3 video, 21 teks). 
9. Semak checklist jam 10 malam. 
10. 3 kali semak emel sehari, pagi, tengah hari, malam. Wajib. Emel adalah transaksi orang kaya, hampir semua T20 dan ke atas berkomunikasi melalui emel. 

Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad, 
Bismillah. Kot nak cuba ikut, silakan.

04 September 2026

Labtop Asus

03 September 2026

Khamis

Mass IT

Harga RM3609

Lepas rebat RM2899

Tolak 9A SPM 

Total Semua:  RM2809.00

Sumber Kewangan Kad Kredit.


Labtop Asus

Vivobook Go

15 Inci 

Silver

16Gb Ram

512 GB SSD

DDR5


Untuk Kegunaan Kakak belajar

Memang susah kalau tiada labtop untuk buat assignment

Harapkan phone dan tblet tak lepas.

Mujur jugak dapat duit sumbangan banyak.

Lepaslah bahagian dia sambung belajar.

Dah setel pos aje ke kakak.


03 September 2026

Bank Draf

Harini ke mahkamah tinggi

Collect bank draf

Unit Called off


Tak tanya apa pun terus ambil kat kaunter

Kena tunaikan semula kat bank yang kita buat hritu

Jangan lupa saalinn resit warna biru

Pastikan kena bawa sekali..


Dah

Next pulak..

Bid Rumah lelong

 01 September 2026

Aku masuk bid sebiji rumah lelong

Malam tu kat nilai aku buka laman web dia..

Dah siap semua preparation..


Bila buka aku tengok cancelled

Tengok lagi refund pulak..

Aduss 

Unit ni called off rupanya

Suruh collect bank draf pulak


Esok paginya

Aku buka lagi nak confirmkan semula..

Memang tiada rezekilah tu..

Mungkin ada hikmahnya..


Takpelah next..



Cameron Highlands Ke Nilai N9

Cameron Highlands 

29 - 31 Ogos 2026

Sabtu - Isnin

Night Market


Baru ni aku dan 3 family lagi ke Cameron..

Kali ni saja nak jalan ramai - ramai.

Stay kat depan pasar malam CH


Hala pergi ikut lancang, bukit damar mempaga, raub, sg koyan.. 

Semuanya lancar sahaja

Jalan pun cantik..

Lurus je..


Keluar kat raub.

Naik dengan sikin.

Dia tumpang aku sebab kak teh dah gi awal sehari..

Makan pagi kat RNR temerloh

Terus tak berhenti..

Singgah kat sg koyan je untuk berlunjur kaki jap..


Petang tu sampai je terus singgah kat Cameron Valley..

Kat Cameron Valley minum teh dan makan scone  je..

Sambil healing tengok ladang teh yang luas mata memandang .


Pastu.

Terus ke night market sebab dah petang sampai.

Malam tu makan steambot kat yanz steamboat 

Depan rumah je..


Esok paginya ke Taman Sedia ramai manusia..

Sarapan kat situ .


Nak keluar dari taman sedia noh kena jammed..

2 jam melekat..

padahal dekat tak sampai 5km pun..

Terpaksa balik rumah dulu rehat..

ingatkan pastu nak ke sg palas..

Tapi jammed teruk hala ke brinchang..

Ambil keputusan lepak kat de centerum jelah..


Balik dari brinchang terus turun ke tanah Rata, jalan jalan pusing kat padang .


Dah alang alang trrus turun sikit lagi pekena teh kat Cameron Valley sekali lagi.

Malam tu aktiviti ke pasar malam jelah..

Balik layan netflix ramai ramai cerita blast tamil..

Layan jugak cerita ni..

5 Star rating..


Esok pagi ke tanah rata sarapan terus checkout lah .

cari barang sikit..


Kali ni balik ikut jalan KL..

Turun ikut tapah ke KL

Sebab nak ke nilai hantar kakak

Jalan ni berliku liku..

Taubat tak nak lalu dah rasanya..

Nak muntah..

Pening kepala macam ular kena palu..


Berhenti kat RNR jejantas sg buloh.

Solat dan makan makan..


31-1 September

Nilai N9


Sampai kat nilai dah lewat jam 7.00 petang

Locker kakak pulak tak bawa kunci..

Puas pula mikir..


Akhirnya dapat jugak kawan dia buka.

Esoknya keluar dari homestay kul 12..

Makan kat restoran dapur arang nilai

Sedap jugak banyak pilihan..


Dah kenyang terus waze ke nilai 3 

cari langsir..

lalu ikut bahau

Singgah kat muadzam makan malam..

Sampai rumah dalam kul 10 malam.




28 August 2026

Stereng Bush Next

Lepas ni kena tukar stereng bush plak..
Bulan depan lah kot .

Tukar Absorber, Lower Arm

Harini ke Klinikar Dunlop
Sebelah shell 
Depan Noble Car..

Tanya lower arm dengan absorber KYB
Mendanya dah lama tak pernah buat .

Lagipun bawak rasa dah keras.
Rasa melantun lantun..
Mula nak tanya je..
Pastu rasa macam perlu pulak..

Takpelah lagipun kereta dah lama..
Memang banyak wear and tear dia kena buat..
Nak pulak aku nak jalan jauh ni..
Banyak penumpang besar² ni .
.Biarlah habis duit sikit yang penting
Tak risau sangat .
Total Rm950.00

26 August 2026

Briskwalk Cending

Lama tak keluar peluh
Terpaksa curi masa
Malas nak cari alasan
Kita cari jalan..

Balik dari hantar bank draf...
Mahkamah IM..
Terus berkejaran..

Padan dah sikit pun .
Dalam kesibukan kerja harian..
1Km je..

Semoga dipermudahkan..

25 August 2026

Radiator Axia

 20 Ogos 2026

Khamis


Teck Heng Radiator

Padang lalang


Lupa nak simpan sini.


Lepas balik dari PTG minggu lepas

Aku terus ke padang lalang

Saja nak tengok coolant radiator axia ni


Mujur waktu tu tak ramai orang

Ada 3 orang pekerja dia

Budak roro gayanya

Sebab duk sedap makan sirih masa tu.


Dia buka tengok ada leaking kat getah penyambung.

Dia suh tukar sebab dah pecah 

aku okay je.


Pastu dia tanya nak angkat buka radiator ke

aku bagitu tak payahlah.

Jadi dia guna mesin tembak air je


Dia flush semua coolant lama

Tembak guna air 

masuk yng baru 

guna 3 liter coolant

Havoline warna hijau

Tak payah campur air

Boleh tahan 3 tahun.


Lama jugak aku menunggu dekat sejam..

Takpelah asalkan aku yakin dengan hasil dia.

Nampak macam pro lah dia buat kerja.

Setel semua kena charge

RM140.00


Tukar tiub getah penyambung

Minyak coolaant 3 liter

upah sekali.

Oakylah 

Semoga terus cemerlang.



Maulidur Rasul

 25 Ogos 2026

Selasa

Harini Cuti Umum 




Salam Maulidur Rasul

24 August 2026

Quote Hari Ini

  ' Apa Yang Dia Buat Kepada Kita
Itu Antara Dia Dengan Allah Swt
Apa Yang Kita Respond Terhadap Dia
Itu Antara Kita Dengan Allah Swt `

23 August 2026

Kem Sehari Fahami AlQuran

Cepat nya masa berlalu baru lagi
rasanya program dengan CSR Agrotech ni.

Sabtu 22 Ogos 
Kem dengan pihak Agrotech ni..

Dari 730 pagi sampai jam 330
Jenuh menunggu..
Sabtu plak tu
Layan jelah..

Memang acara tahunan
Tahun lepas bulan Oktober
Tahun ni diawalkan sedikit .

Mujur ada token sikit .
Bolehlah wat minum air..

Kalau dapat up sikit lagi okay .
Maklumlah OT tu..
Depa pun untung juta juta
Takat nak up sikit takdak hal lah..


MP3

Baru ni 17 ogos 
abangah mintak nak beli mp3
Katanya bosan.

Beli kat shopee Rm43 je
Cari kat kedai luar memang tak jumpa.
22 hb sampai
Aku cuba test tak boleh guna

Rupanya kena ada micro sd card.
Aku pun belilah
untuk memori nak isi data..

Beli kat tepi tunas manja bandar.
Ingatkan murah je
Bawah 50 ke..

Noh
32Gb Rm95.00
64GB Rm190.00
Mahalnya

Tapi dah nak cepat
tak boleh nak tunggu dah.
Beli jelah dulu
yang 32Gb

Balik umah terus try pasang..
Rupanya tak boleh dengar macam tu je..
Kena ada ear phone pulak.

Nasib aku ada standby 
ugreen earbud
Bolehlah guna untuk test.

Rupanya layan jugak mp3 ni
macam walkman lah dulu²

Letak semua lagu kat dalam tu.
600 lebih..
Dengar sebelum tidur layan jugak.

Tadi hantar kat abangah 
senyum meleret dah tu..

Harap dia happy
Semoga tak kena rampas sudahlah..

Nak kena beli jugak tuk sendiri nih .
Ermmm...





20 August 2026

Carian Persendirian PTG Kuantan

Harini bergegas ke PTG Kuantan
lama dah tak datang sini
Hampir 3 Tahun

Harini nak buat carian persendirian
Sebab No Hakmilik dia bermula dengan pakakan negeri..
PN

Kalau pajakan mukim
PM boleh ke pejabat daerah je.
Silap sokmo tempat.
 
Tujuan nak tengok kaveat ada ke tidak..
Kena cas Rm50
Takpelah sebab penting sangat menda ni.
Macam rumah inderapura..
Nasib baik je dah expired rumah tu..

Apapun dah setel..
Next step .
Bank draf pulak..
Jommm..

NETFLIX

Netflix Start langgan 10 September 2026 4 User Rm49.90 1 Cycle /month Saja nak cuba Kalau sebelum ni nak cut petbelanjaan.. Kali ni saja nak...