Tajuk ni penting untuk aku buat rujukan..
MELANTIK WASI/PENTADBIR DALAM WASIAT PENTADBIRAN: LANTIK INDIVIDU ATAU SYARIKAT AMANAH LEBIH BAIK?
Pertama sekali, kita harus memahami apa fungsi wasi terlebih dahulu:
a.Menjelaskan belanja pengebumian
b.Melunaskan hutang si mati iaitu hutang dengan manusia dan hutang dengan Allah (kaffarah, fidyah, upah haji dan zakat harta)
c. Memungut hutang si mati.
d. Mengumpulkan harta pusaka
e. Mengekalkan harta pusaka
f. Mentadbir harta pusaka
Jadi, tugas sebagai wasi/pentadbir bukanlah satu tugas yang kecil. Ianya memerlukan kepada komitmen dan juga integriti, malah ability yang baik untuk melaksanakan tugas sebagai wasi.
MELANTIK SYARIKAT AMANAH SEBAGAI WASI
Syarikat amanah ialah sebuah syarikat yang dikenali sbg trustee company yg bertindak sebagai pemegang amanah kpd harta pusaka. Contoh syarikat amanah ialah Amanah Raya Berhad, Assalihin Trustee Berhad, AmTrustee, UBB Trustee dan lain2.
KELEBIHAN SYARIKAT AMANAH
Syarikat amanah ialah syarikat Berhad yang tidak akan mati, oleh itu kita tidak perlu risau ttg "matinya" pentadbir harta kita.
Syarikat amanah juga mempunyai tenaga kerja mahir yang terlatih dan dibayar gaji untuk menguruskan pusaka kita.
SALAH ANGGAPAN TERHADAP WASIAT YANG DIBUAT DENGAN SYARIKAT AMANAH
Ramai yg berfikir bahawa, ok sy dh buat wasiat, jd sy sudah tak perlu risau kalau sy dah tiada nnt. Dengan wasiat yang bernilai semurah RM350 sehingga promosi tulis wasiat percuma pun ada, ramai org yg sudah menganggap urusannya selesai.
Sebenarnya bila anda melantik Syarikat Amanah sebagai wasi di dalam wasiat anda, maka anda akan mengikat syarikat amanah tersebut untuk menguruskan pusaka anda nanti. Apakah tiada kos yang akan dibayar selepas anda tiada nanti? Adakah RM350 sudah cukup untuk menguruskan semua jenis pusaka anda?
Semestinya TIDAK. Kos pengurusan pusaka (estate administration) adalah mengikut nilai semasa harta pusaka anda sewaktu ia diuruskan. Contohnya, sekarang anda ada rumah bernilai RM400,000, katakanlah anda meninggal lagi 10 tahun, berapa nilai semasa agaknya rumah anda? still 400k? Pastinya tidak jugak.
Oleh itu, anda juga harus tahu dan bertanya kepada syarikat Amanah tersebut tentang fee pengurusan pusaka selepas kematian kita nanti. Ramai agen2 syarikat amanah yang tidak reveal kos selepas kematian ini.
Perlu difikirkan bahawa, antara faktor harta pusaka terbeku dan tidak dapat diuruskan ialah kerana kos pengurusan pusaka yang tinggi dan gagal dibayar oleh waris2. Memang benar kos tersebut boleh ditolak melalui tunai yang ada dalam akaun tunai si mati. Itu kalau ada tunai, kalau takde?
Sy ambil contoh satu kes:
Arwah Pak Mat ada sebuah rumah bernilai RM500k dan tunai berjumlah RM5000.
Fi pengurusan pusaka di syarikat amanah meliputi:
Fi buka fail: Kira2 RM500 ke RM2000
Fi Professional: 2% dari nilai semasa harta pusaka
Fi rampaian: kos2 pergerakan (minyak, tol, penilaian hartanah, surat kuasa mentadbir dan lain2)
Anggaran kos pusaka Arwah Pak Mat ialah:
Fi Buka Fail: RM500
Fi professional: RM10,000
Fi rampaian: RM5,000
Jumlahh: RM15,500
*kos ini hanya anggaran, boleh bertanya sendiri ke syarikat2 amanah yg ada kerana fi masing2 berbeza.
Jadi kos keseluruhan ialah RM15,500. Arwah Pak Mat hanya tinggal RM5k saja dalam akaun. Jadi lebihnya waris yang harus tanggung. Apa yang lebih buruk pernah berlaku, rumah terpaksa dijual untuk membayar kepada syarikat amanah. Malah lebih buruk, mereka boleh lelong rumah pusaka untuk mendapatkan kembali fi mereka.
MELANTIK INDIVIDU SEBAGAI WASI
Bila kita sebut individu, tiada jaminan bahawa individu yang kita lantik akan hidup semasa kematian kita. Oleh itu, kita berdepan risiko tersebut. Walaubagaimanapun, kita sebenarnya tidak perlu terlalu risau kerana individu yang kita lantik kita sentiasa boleh tukar dan update.
Bagi kes org yg meninggalkan RM2 juta ke bawah (harta alih dan tak alih). waris tidak memerlukan peguam dan mereka boleh execute sendiri kes pusaka tersebut di Pejabat Pesaka Kecil. Kosnya jauh lebih murah dari fi pengurusan di syarikat amanah.
Cuma persoalannya, adakah wasi yang kita lantik tersebut capable dan mahir untuk menguruskan pusaka arwah selain sanggup untuk mengambil cuti dan mengorbankan masa dan tenaga untuk naik turun pejabat pesaka kecil, mahkamah tinggi syariah (urusan sijil faraid) dan lain2?
Ada yang boleh dan ada yang hampeh. Takut nanti kes tak selesai2, nilai harta pusaka makin mahal!
DUA-DUA ADA PRO & CONS
Oleh itu nak kata lantik syarikat amanah lebih baik tak juga, lantik individu tak jugak lebih baik!
ISU SEBENAR
Isu sebenar pengurusan pusaka ini sebenarnya bukanlah siapa yang kita nak lantik wasi. Sebenarnya kalau kita dah lantik syarikat amanah yang tak mati tu pun kalau waris2 x bersetuju dan nak bawak pentadbir lain, still perlantikan tersebut terbatal.
Isu sebenarnya ialah SIAPA YANG NAK BUAT KERJA dan SIAPA YANG NAK BAYAR KOS!
SARANAN SAYA
1) Lantik wasi dalam kalangan isteri/suami/anak2 atau individu yang dipercayai untuk semua harta termasuk harta berpenama seperti Akaun KWSP, Lembaga Tabung Haji, Benefit Takaful, saham unit amanah dan lain2..
2) Sediakan peruntukan kos mengurus pusaka melalui akaun2 tunai yang berpenama yang mudah dituntut melalui penama. Contohnya Akaun Lembaga Tabung Haji, penama sebagai wasi boleh menuntut wang tersebut tanpa perlu melalui proses mendapatkan surat kuasa mentadbir di Pejabat Pesaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. Oleh itu, anda perlu membuat anggaran kos proses pusaka anda dan nyatakan peruntukan kos tersebut untuk digunakan oleh wasi untuk mengurus pusaka anda.
3) Jika anda rasa wasi anda tidak mahir dlm urusan buat kerja pengurusan pusaka, pesan wasi untuk lantik syarikat agensi pengurusan pusaka (bukan syarikat amanah) yang fi nya lebih murah. Mulai sekarang, anda boleh surbey syarikat agensi pengurusan pusaka yang mempunyai track record yang baik dan proven cases yang bagus.
4) Sentiasa update (paling kurang setahun sekali) perancangan pusaka anda iaitu berapa nilai semasa harta2 anda skrg supaya peruntukan kos pusaka anda nanti betul2 dapat menampung kos pengurusan pusaka anda tanpa menyusahkan anak2 dan waris2 anda.
5) Yang lebih baik, sediakan portfolio perangan harta tahunan, jadi waris2 dpt menguruskan pusaka anda dengan lebih mudah dengan senarai harta yang anda ada nanti lebih memudahkan proses.
PRODUK INOVATIF SEBAGAI ALTERNATIF
Ada satu produk inovatif di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd yang dinamakan Al-Wasitah, yg mana kita membayar secara bulanan atau tahunan utk produk pengurusan pusaka tersebut, dan benefitnya selepas kematian nanti, pihak Wasiyyah Shoppe akan tmenggunakan dana dari benefit takaful dari produk tersebut untuk menguruskan pusaka kita, tanpa waris2 perlu penat2 buat kerja dan juga mereka tak perlu keluar apa2 kos sbb sudah ada peuntukan melalui benefit takaful tersebut. Difahamkan, Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd telah berjaya membantu lebih 200 kes melalui kaedah Al-Wasitah ini dengan mudah dan lancar. Jadi masalah sapa nak buat kerja dan sapa nak bayar kos pon dah selesai...
PENUTUP
Apa yang saya kongsikan dan saya sarankan ini hanyalah dalam konteks pengurusan pusaka sahaja, belum lagi menyentuh dari sudut pembahagian pusaka dan instrumen perancangan pusaka seperti hbah, harta sepencarian, amanah dan lain2.. Insya Allah ada masa kita kongsi lagi berkenaan perkara tersebut.
Semoga bermanfaat dan jelas untuk kita semua.
Ihsan Abdullah
Pengarah
Akademi Pengurusan Mal (AKMAL)
Helwah Training & Consultancy
No comments:
Post a Comment