30 October 2019

Cerita Candat Sotong

#Candat Sotong Siang..


Cerita kali ini tentang aku mencandat sotong bersama geng merchong. Kali ini aku ikut trip bersama cikgu zul, dalam team kami kali ini dia kira otai lah kalau dalam bab mancing. So, pape memang dialah yang akan jadi rujukan kami semua. Seminggu sebelum turun mancing aku dan ustaz lan dah start gi kedai pancing area ketapang hilir. Situ ada nasihat sikit, kalau beli barang sebab tu aku suka ke situ. senang nak tanya. Dari segi percakapan tuan kedai macam bunyi ala-ala jawa gitew. Disebabkan aku belum pernah mencandat sotong waktu siang nih. Jadi banyaklah soalan kat dia aku bertanya..

 Antara tips yang boleh aku kongsikan juga, kalau nak mencandat waktu siang ni kena guna umpan candat yang berwarna oren atau merah sahaja. Kalau guna warna biru ke atau lain dari itu memang tipislah nak dapat naik sotong.  Sotong yang banyak naik hari tu, kita yang duk belah pantai timur ni panggil sotong maba. Ada juga spesis sotong jarum tapi tak banyaklah sangat.

  Bekalan makanan yang dibawa kali ni bukan main banyak lagi, tapi xlepas nak makan atas bot. Perasaan punya rasa nak muntah kalau tersilap makan. Jadi aku hanya makan cekedis jer. Roti ke apa ke memang tak boleh nak telan. Air 100 Plus yang beli pun aku tak minum. Duk minum air masak sahaja. Itu pun sebagai strategi tak nak rasa loya dan muntah.

  Pagi sebelum bertolak tu memang aku tak makan pedas. Ambik lauk nasi lemak pun sekadar rasa je.. minum air masak sikit pastu pergi ke tandas kat masjid merchong tu. Memang kena buang semua yang ada supaya perut kosong dan tak penuh. Sebelum naik bot aku telan ubat mabuk dulu dua biji tak nak bagi muntah. Ubat ni memang khas untuk ibu mengandung yang mual2 rasa loya nak muntah. Boleh dapatkan di mana2 farmasi yang berdekatan.

  Trip kali ini aku pergi berlapan orang semuanya geng cikgu, sorang smk nenasi, 5 orang sk merchong sorang lagi sk terentang dan termasuk lah aku.. Yang kali pertama ada lah 2 orang yang lain tu semua pernah turun memancing kat laut. Yang aku ni plak ini baru kali pertama aku turun memancing pergi pagi balik petang guna bot fiber. Sebelum ni semuanya trip bermalam. Aku sedikit teruja bila boleh balik hari maklumlah kalau apapun dah tau jadualnya yang aku akan balik petang tu jugak tak perlu nak bermalam tengah laut.
  Sepanjang perjalanan tu aku agak teruja sebab bot fiber ni memang laju. Enjin dia pakai 2 biji, sebiji berkelajuan 150cc bila dia pasangkan 2 biji enjin yang berkelajuan 150cc. Memang rasa melompat lompat duk atas bot tu. Tempat yang nak dituju pun terasa cepat je sampai. Disamping melihat pemandangan yang cantik aku rasa inilah suatu pengalaman yang berharga buat diriku.
  Kali ini tekong bawak ke tempat yang dipanggil Pulau Berhala. Yelah, memang dari jauh hanya ada sebuah batu besar yang seakan-akan berhala sahaja. Pulau ini berhampiran dengan kampung tanjung batu. Tempat dimana kalau dikawasan pekan, nenasi dan rompin ianya sebagai tempat melihat anak bulan ketika hendak mementukan permulaan puasa dibulan Ramadhan. Kawasan air laut sini pun dah berwarna biru dimana ia menyatakan tahap kedalaman yang tinggi hampir 30 - 50kaki dari bawah aras laut. Kawasan ini ikan memang sangat banyak sebab banyak terdapat batu karang dibawahnya.

  Apabila berlabuh sahaja sauh bot. Tekong menyarankan untuk mula mencandat. Hasil memang luar biasa. Sekali campak terus naik sotong bersaiz dewasa dan sangat menceriakan suasana bot pada waktu itu. Cikgu zul adalah orang pertama membawa naik sotong pada hari tersebut. Justeru diikuti tekong yang turut membantu bagi menambahkan hasil pancingan pada hari tersebut. Dikawasan itu sahaja kami sudah berpuashati dengan hasil yang diperolehi.

  Setelah lama hampir dua jam berada disitu kami mula beredar untuk mencari port baru. Jaraknya tidak terlalu jauh. Apabila terjumpa unjam sahaja maka bot akan berlabuh. Disini aku dah tak guna candat sotong dek kerana hasil bagi aku dengan sotong pada hari tersebut tidak seberapa maka aku membuat pilihan agar menggunakan apollo bagi mengembalikan mood memancing meningkat semula. Disini memang tidak mengecewakan apabila apollo yang aku gunakan penuh dengan ikan jenis kunyit beratur pada mata apollo ku. Tiap kali mata pancing dilabuhkan pasti akan terasa getaran tali pancing ikan membaham umpan pada apollo ku.
 Hasil untuk trip pada kali ini sangat memuaskan hati. Biarlah gambar yang berbicara. Jika nak diikutkan, memanglah tidak sebanding nelayan profesional. Namun jika dinisbahkan dengan geng yang boleh dibilang dengan jari sahaja trip memancingnya, maka hasil yang sebegini sangatlah memuaskan hati pada trip pada kali ini.

 Sekian coretan pada kali ini.

16 June 2018

16 December 2017

Kelapa Sawit...

Nota Kelapa Sawit
==============

 Hari ni just nak share serba sedikit tentang kelapa sawit.. Sebenarnya sawit ni adalah salah satu pasif income yang boleh kita masukkan dalam portfolio pelaburan kita.. Aku sendiri pun dah mulakan ladang sawit ni sejak tahun 2007.. dah hampir 10 tahun pun menceburi bidang ni.. nak kata pandai pun tidaklah sekadar ada sedikit pengetahuan yang boleh di kongsikan bersama..


  1. Kena ada ladang @ tanah yang sesuai untuk penanaman kelapa sawit.
  2. Pemilihan anak benih pokok.
  3. Jarak antara setiap pokok.
  4. setiap ekar aku tanam dalam 60 pokok.
  5. Siapkan pagar untuk ladang tersebut.
  6. Maintenance..
# Sekadar itu coretan kali ini..


umur pokok ni 7 tahun..


29 August 2016

MEMBACA
=========
Semalam punya cerita..
Layan hobi membaca..
Pahang islamic fest..
Kuantan Parade..
Jadi ahli Telaga Biru 4 Rm15.00 lifetime..
Murah n berbaloi2..






04 June 2015

Emas Oh Emas..!!!

Assalamualaikum..

 Lama betul x buat entri untuk blog nih.. hari ni emas jatuh lagi harganya.. turun usd10.20




Jadi apa nak buat?.. belilah banyak2 sementara emas pada harga yang rendah.. Dalam bidang pelaburan ni.. kita kena berfikiran kreatif.. masih banyak lagi benda lain selain emas.. antaranya saham, unit trust dan property yang boleh menjana pasif income yang hebat.. kalau nak buat pasif income dengan tanaman kelapa sawit dan getah pun boleh.. tapi kena ada tanah.. nanti aku boleh buat entri pasal benda2 ni..

16 July 2012

Ahlan2.. Selamat Kembali....


    Wahh.... Dah lama betul xupdate blog nih.. ingatkan xde entry baru terus.. selepas lebih setahun  aku xmengupdate blog nih sudah tentu macam2lah yang berlaku... tentang emas pun dah lama xupdate.. so, korang bila nak memborong emas ni sementara emas masih mampu untuk di beli....

     Buat masa ni emas punya chart dia memang mendatar je... masih dalam suasana biasa.. tidak terlalu memberangsangkan kenaikannya..

    Macamanapun emas tetap emas..  anda tetap tidak akan rugi memilikinya hanya dengan dua perkara sahaja anda akan rugi.. iaitu kehilangan dan jual ketika harga dia rendah berbanding ketika  dari harga anda membelinya.. ..

   Oklah... Xlama lagi dah nak masuk bulan ramadhan al-mubarak.. sabtu ni 21/08/2012... Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama islam.. sama2lah menunaikan rukun islam yang ketiga ini dengan penuh ikhlas dan tulus kepada ilahi.. Untuk kali aku ada snap skit beberapa keping gambar sekitar sibu untuk tatapan korang yang berkunjung dan referens aku jgk akan datang.. layanzz..

Belakang Paramount Hotel
Cantik
Wisma Sanyan
Di Pulau Li Hua                 
Tengah Pusat Bandar Sibu

Jambatan Lanang

Ada masa nanti aku upload lagi bebanyak gambar2 di sekitar sibu ni..

                                                                         






04 February 2011

Review Buku Dinar Emas

Salam kepada semua pengunjung blog ni... Nampaknya dah lama sangat x meng updatekan blog ni. Just untuk pengetahuan semua buku ni dah lama aku khatamkan cma baru nak updatekan kat sini. Aku dah pn khatamkan sejak dis 2009 lagi laamanya huhuhu... Dalam ni banyaklah perkara yang nak disampaikan kepada masyarakat malaysia umumnya berkenaan penggunaan matawang emas. Lebih kurang tesis jugaklah aku tengok, tapi aku rasa untuk menambahkan lagi pengetahuan kita tentang emas ni eloklah kita simpan satu sebagai rujukan.. Carilah di kedai2 buku berhampiran anda ok....

Kenapa Rezeki Blocked

#FBIslamicLecture