10 January 2023

Tips Kewangan

 Halangan Paling Merbahaya Untuk Membina Kekayaan : HUTANG!!

-JL Collins.

04 January 2023

TIPS KEWANGAN

 1. Belanja Kurang dari pendapatan

- Korang kena tulis setiap hari aliran kewangan supaya tidak over spend terhadap perkara yang tidak perlu.

2. Labur lebihan.

- Jika ada lebihan daripada perbelanjaan bulanan belajarlah untuk melabur. Ingat! saver is loser..

3. Elakkan berhutang.

_ Sebaiknya jangan berhutang pada perkara yang tak perlu, Good debt adalah properties dan gold.

Jangan berhutang jika tak nak bayar..

SIMULASI KALI KEDUA

 Daftar  anak untuk ujian simulasi kali kedua di MTNP semoga berjaya. 03-06 Januari 23. Wallahu Musta'an.


Semoga ada sinar buat Abang Ngah....

03 January 2023

Quote

 Tiada Kawan Dan Musuh Yang Kekal,

Yang Kekal Hanyalah KEPENTINGAN..

02 January 2023

Tips MRTA

=================================================================

Aku nak share pada korang bila refinance rumah;

# Bila kita dah refinance rumah MRTA tu kita boleh claim okay.

# Maksudnya bila kita jual rumah tersebut dua kali lah boleh claim kalau tak pernah claim MRTA

# Sekali yang refinance, sekali lagi yang jual.

Sekian tips untuk di kongsi.

2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023

SANAH HELWAH

KULLU AM WA ANTUM BIL KHAIR

HAPPY NEW YEAR

===========================================================

Azam Baru 2023 :

#1 Aktif Menulis

#2 Aktif Membaca ( Banyak buku belum habis tu )

#3 Aktif Bersenam

#4 Aktif Kewangan 

#5 Jaga Kesihatan

#6 Jaga Ibadah

#7 Travel tempat baru..

20 December 2022

 Grading Naik Bengkung

17/12/2022

Sabtu

9.00pm-11.00pm

Gelanggang Lingkaran Lian Cenderawasih

=================================================================

    Alhamdulillah tamat jurus satu grading Lian lingkaran di gelanggang cenderawasih. Tak sangka pula aku lulus ujian naik bengkung ni. Kalau ikutkan berlatihnya punyalah sedikit tau2 dah nak grading...

    Mulanya test fizikal dulu.. Lompat bintang 20 kali...burpee 20 kali, Pump in sebanyak yang boleh ( 20 kali aje aku buat ).. Pastu dia suruh buka Jurus satu... dia test gaya tekan 1, belebat dan belebat genap sumbang 4 penjuru. Nasib baiklah lulus sampai 3 kali test gaya tekan 1.. 

    Sebenarnya pada hari tersebut aku baru je balik dari Kuala Lumpur... Percutian hujung tahun.. Sampai rumah terus bersiap mandi makan terus pergi grading dengan tak berlatih langsung...

    Jadi sebagai menghargai nasib ini yang tak mungkin jadi dua kali. Aku berazam untuk ambik serius dalam langkah gerak lian ni....

    Semoga aku terus istiqomah dan komited untuk berjaya meningkatkan diri dan kualiti hidup.. Doakan aku dan fahim terus maju jaya dalam gerak lian ini gais..









#Biar jasa jadi kenangan...
#Semoga bermanfaat...


Kenapa Rezeki Blocked

#FBIslamicLecture