Blog ini perkongsian kisah Pembacaan, Pengembaraan, Kewangan, Pelaburan, Kesihatan, Motivasi, Memancing,Komputer, Automotif, Fotografi, Videografi dan lain-lain.. -Based On My True Story-
01 January 2026
Cuti Hujung Tahun Dis 2025
Kejayaan aku Tahun ini.
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah dah pun masuk tahun baru 2026.
banyak juga menda yang berlaku pada aku tahun 2025 ini.
Disini aku nak share sedikit target dan kejayaan aku tahun ini.
Semoga ianya menjadi inspirasi dan satu penanda aras untuk aku lebih berjaya lagi pada tahun hadapan.
1. Menulis dan mengupdate blog ni sebanyak 203 artikel.
- Wow, pada aku ini adalah satu kejayaan yang besar jika dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya.
2. Menjaga kad kredit aku daripada digunakan, kosong penggunaannya.
- walaupun aku tak guna kad kredit, tapi masih lagi ada. Aku lebih gemar menggunakan kad debit sahaja.
3. Menabung sebanyak 3k sebulan demi untuk melunaskan segala baki hutang yang masih ada.
- meskipun dapat menyimpan tapi dugaan juga sangat banyak, tukar table top dapur sahaja dah hampir 5K. Mujur ada simpanan, begitu juga nak travel berjalan guna duit yang sama sehingga lari sikit target nak setelkan hutang. maintenance kereta juga guna duit saving yang sama. sebab itu simpanan ni sangatlah penting.
4. Menyelesaikan personal loan izan 21K.
- Ini antara installment yang besar secara bulanan. Alhamdulillah selesai.
5. Tempat travel tahun ini.
- Nemo Campsite, Balok.
- Kuala Lipis, Jerantut, Cameron Highlands.
- Kuala Terengganu. / September
- Kuala Lumpur, Putrajaya, Bukit Bintang.
6. Final Takraw Zon Bandar.
- Selama aku melatih budak ni, ini kali pertama dapat masuk final zon bandar. Tempat kedua pun dah kira okay.
7. Memulakan Tik Tok Affiliate.
- Alhamdulillah aku dah unlock satu income daripada tik tok, cuma tak beria lagi. Harap lepas ni kena lebih bersungguh lah.
8. Bacaan Buku Tahun ni, 7 Buah.
- Psychology Of Money.- Morgan Hausel
- Ikigai.- Hector Garcia
- The Procastination Care- Damon Zahariades
- Mudahnya menjemput Rezeki 3- Fathuri saleh
- attitude Is Everything- Jeff Keller.
- Hidden Genius.- Polina Marinova
- Kemalasan Peribumi Filipina.- Jose Rizal
#BanyakLayanPodcastLichessFBTikTokPunca.
9. Masuk liga komuniti ping pong.
- Tempat keempat, last dalam kumpulan.
10. Hutang Tinggal 3 yang kena langsaikan.
- Arrahnu
- Axia
-Maulana
Selamat Tahun Baru 2026
Selamat Tahun Baru 2026
Cepatnya masa berlalu, baru sahaja dengan tahun 2025,
Masih banyak impian yang belum tercapai.
Semoga Tahun 2026 ini, lebih dari separuh impian dapat dicapai.
May Allah swt bless us..
19 Rejab 1447H
Cuti Hujung Tahun Dis 2025
24-28 Dis 2025 5 Hari Rabu-Ahad Desa Warisan Sepang Alanis Resdence. Damansara Sovotel Hotel.ll Tahun ni aku saja nak rasa bercuti lama siki...
-
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah Dah sampai ke malam 15 syaaban hari ni. 1. Pagi ni ke sekolah ada pembayaran buku oleh ibubapa murid. 2...
-
Apa yang payah dalam hidup seharian kita... Bangun awal.. Nak bangun awal kena tidur awal.. Buat apa bangun awal... Inilah sebab...
-
Buku ni beli dah lama.. 01/03/2024 Nak membacanya yang lama.. Setahun 3 bulan.. Muka surat 265 Tamat Bacaan 27/06/2025 Buku ini agak tinggi ...