Blog ini perkongsian kisah Pembacaan, Pengembaraan, Kewangan, Pelaburan, Kesihatan, Motivasi, Memancing,Komputer, Automotif, Fotografi, Videografi dan lain-lain.. -Based On My True Story-
31 December 2024
30 December 2024
25 Habit That Makes You Rich
29 December 2024
Family Day Hujung Tahun
Assalamualaikum wbt..
Baiklah kita dah nak sampai ke penghujung tahun 2024..
jadi macam biasa tahun ni family day belah aku pulak..
tempat yang di tuju kali ini adalah Bandar taiping, perak...
Day 1
22/12/2024
Ahad
Pada hari tu..
aku gerak lewat sikit sebab kena ambik kereta dulu di IM 15 Astana permai..
Pukul 9 pagi baru gerak dari rumah..
sampai kuantan..
masuk bandar dulu..
ingat nak gi kedai hari-hari..
Spender abg ngah dah takde..
tapi kedai belum buka lagi..
jadinya terpaksa ke Im 15 awal sikit untuk ambil kereta..
pastu pulak, terawal sangat sampai baru kul 9.45..
janjinya kul 10 pagi..
takpelah, bagitau je dah sampai..
dia bagi je ambik kereta awal sikit...
Kali ni sewa Vellfire dengan member kak za...
sehari RM450 bolehlah ambik 4 hari RM1800.00
tak boleh diskaun dah tu..
Siap ambil kereta terus isi minyak full tank..
Rm101.00
Boleh la tu..
Terus shot ke kedai hari hari cari spender abg ngah..
pastu pecut ke Taipinig..
kali ni kasi laju sikit,,
Aku pecut 140-160 Km/H
Tak sedar main tekan aje..
Singgah RnR temerloh jap...
Sampai batang kali dalam kul 1.00pm..
makan kat kedai nasi gambus ori selayang kat situ..
Siap makan terus cari surau untuk solat jamak taqdim..
pastu terus shot ke taiping ikut highway plus..
sampai kat sebelum terowong menora tu jalan tiba-tiba jammed..
stuck terus tak bergerak..
puas tunggu lama dalam kereta aku pun keluar..
tak tau kenapa sekat lama sangat...
pastu aku try google FB highway utara selatan..
Nah tudia..
ada lori treler melintang kat depan terowong menora..
Jenuh aku menunggu hampir sejam setengah..
baru dapat lalu...
dah kat maghrib..
Diorang dah lama sampai homestay..
Siap boleh gerak je aku pun terus ke arah homestay di taiping..
diorang bagitau nak keluar..
aku pun gerak jelah ke homestay..
Rupanya masing2 dah menunggu depan rumah nak tengok kereta baru (konon2)...
Semua pakat bersorak...
hehehe.. tak tau lagi masa tu kereta sewa aje....
Pas siap bersalam terus gerak makan kat food court di taiping..
pekena pasembuq..
Malam tu lepak2 dan borak2 je.. kul 1 pagi baru tidur....
Day 2
23/12/2024
Isnin
Pagi tu ingat nak keluar awal tapi ramai yang lambat bangun jadinya..
Tapau jelah nasi lemak kat kedai depan rumah..
Masing2 nak merasa naik Vellfire..
Pakat naik ramai2 pastu komenlah sikit sorang..
Rata2 puas hati lah..
Tapi seeloknya sewa aje dah memadai...
Komen mereka..
Siap beli nasi lemak..
makan2 pagi..
bebudak pun dah ready..
terus keluar ke area luar taiping..
pergi ke tasik raban..
Area sauk dekat dengan kuala kangsar...
Lepak2 tengok pemandangan tasik Raban...
pastu makan tengahari terus kat situ..
Siap makan terus jalan ke batu kurau cari durian...
Jauh jugak dari tasik raban ke batu kurau..
petang dalam kul 6 baru sampai ke batu kurau..
Terus singgah kebun orang jual durian..
Harga pun cun Rm8 sekilo..
Puas makan..
lajak depan sikit,,
ada tempat campsite..
lata sempeneh...
air jerneh boleh mandi..
cuma tak sempatlah nak mandi..
kitorang cuma turun basahkan kaki je...
siap dalm kul 650 macam tu kitorang gerak balik ke taiping..
singgah tapau makan malam pastu balik rumah..
kul 9 malam tu keluar ke zoo taiping..
kul 11 malam baru kirorang balik ke rumah..
kul 1230 baru tido.
Day 3
24/12/2024
Selasa
Bangun pagi tu agak lewat dalm kul 830 baru sedar..
siap2 diorang ajak gi makan kat ruma changkat..
ehsan zainal yang punya..
aku follow dia ni kat FB...
okay jugaklah makan kat sini..
pas siap makan terus kemas2 nak balik rumah..
kul 1200 kitorang checkout..
gerak balik ikut KL..
singgah ke rumah naza di rawang...
jumpa jap beli barang2..
hulur sikit..
kul 900 baru sampai ke sepang..
Day 4
25/12/2024
Rabu
pagi tu ingat nak ke the luge main adventure skill..
tapi hujan dan cuaca tak elok..
pergilah ke jeti yang menghubungkan antara selangor dan N9..
mencabar jalan off road..
dahla naik vellfire..
memang lucu ikut india yan tunjuk jalan..
sampai kat situ nampaklah bot penumpang yang bawak motor ke seberang..
kitoran cubalah naik jugak pergi ulang alik..
pastu lepak kat sebelah di jeti LIM..
tempat orang mancing...
Dah siap lepak situ patah balik semula..
terus menghala ke sepang..
singgah di muzium automobil..
kat sepang circuit F1..
okay jugakah tapi kecil je..
tak banyak menda pun kat situ...
siap bergambar..
ingat nak ke mitsui mall..
tapi jemmed gila mungkin sebab krismas..
takde parking..
pusing balik..
singgah petronas..
amy pun dah nak balik batu pahat..
bersalaman sebelum amy balik...
kitorang terus menghala ke kedai ayam breastboard chicken.. al baik..
makan2 ayam goreng kat situ jap..
terus siap2 nak balik rumah..
sampai rumah malam tu leih kurang ku 12 malam..
esoknya pagi2..
basuh vellfire terus hantar ke astana permai IM15
Sekianlah cerita berjalan penghujung tahun 2024..
27 November 2024
Bila umur dah meningkat 40 Tahun
25 November 2024
Tips nak jadi pandai..
Setahun ambil masa...
18 November 2024
02 November 2024
5Tips Mengingat
5 Tips berguna untuk pembaca..
Supaya dapat ingat semula apa yang dia baca..
1. Tanda terus pada buku tu atau pada buku lain. Highlight semula poin apa yang kita rasa penting. Aktif reading.
2. Mengajar orang lain apa yang kita baca
3. Mengulang balik apa yang kita baca tu banyak kali.
4. Mind mapping. Buat gambarajah semula apa yang kita baca supaya mudah ingat.
5. Amalkan apa yang kita baca tersebut.
#DrHasbullahSyarah
23 October 2024
Falsafah Politik Percaturan
12 October 2024
Motivate Yourself
11 October 2024
05 October 2024
27 September 2024
24 September 2024
23 September 2024
10 kata motivasi ChatGPT
Aku tanya chatgpt:
- Ketekunan - Terus berusaha meski menghadapi rintangan.
- Keyakinan - Percaya pada diri sendiri dan kemampuanmu.
- Tujuan - Tetapkan visi jelas untuk masa depan.
- Kreativiti - Berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan masalah.
- Pembelajaran - Sentiasa belajar dari pengalaman, baik positif maupun negatif.
- Disiplin - Konsisten dalam tindakan dan kebiasaan sehari-hari.
- Kesabaran - Sabar dalam proses, kejayaan memerlukan waktu.
- Kepemimpinan - Ambil inisiatif dan inspirasi orang lain.
- Adaptasi - Fleksibel dalam menghadapi perubahan.
- Syukur - Hargai setiap langkah perjalanan menuju kejayaan
19 September 2024
16 September 2024
kisah pergi KL dan GearBox Alza..
15 September 2024
5 Keutamaan Harian
13 September 2024
Brake belakang Alza
12 September 2024
Minyak Brake Alza Dot 3
02 September 2024
31 August 2024
22 August 2024
Loan Disburse
15 August 2024
Bersih Rumah Maulana
Hidup Tenang
14 August 2024
Mesin Basuh Samsung 14Kg
KARIER DAHULU...
13 August 2024
Motivasi Membaca..
Alhamdulilllah..
Sudah lama sebenarnya aku beli buku ini..
Baru dapat habiskan bacaan nya...
Tajuk : Nak Kaya Seribu Daya
Author : Marlia Ramli
Ms 195 pgs
DOB : 08 09 2022
DOF : 13 08 2024
Masa yang diambil : 1 tahun 11 bulan
Dalam tempoh ni aku ada baca buku yang lain juga sebenarnya..
Rumusan yang boleh aku buat, ikutkan banyak tapi ringkas jelah ya :
1. Kena menguasai asas ilmu kewangan
2. Kena jaga perbelanjaan.
3. Nak berjaya kena tahu asas kewangan.
4. Asas yang penting adalah tidak miskin, walaupun tidak kaya.
5. Jangan berhutang kerana akan jatuh miskin sebab menggunakan wang hadapan.
Nantilah aku sambung..
dah lewat ni..
07 August 2024
Aircond Belakang
SEKI Engine Oil Axia
05 August 2024
Change Your Thought Change Your Life
04 August 2024
SEAL Swimming
03 August 2024
BUNGA RAMPAI
Alhamdulillah...
Baru ni sekolah aku jadi tuan rumah hafazan peringkat zon..
Jadinya kita menghias surau..
Dah siap tu..
masih ada satu kekurangan..
iaitu bau yang tak best..
maklumlah dengan stokin budak yang dah macam-macam...
Akupun belilah pewangi automatik tu..
Jenama glade..
tapi dia punya bau belum cukup kuat..
untuk nak kaver seluruh dalaman surau...
Jadi ideanya guna bukhoor..
Rupanya Rad dan Kak zu memang ada guna menda ni..
Baru kali pertama tengok cara penggunaan bukhoor ni...
Dah siap tu..
Tambah lagi bauan yang lain...
Diorang tambah dengan bau bunga rampai..
memang kuat bunga rampai ni...
penuh satu surau baunya...
Cara buat bunga rampai ni senang je rupanya..
Ambik daun pandan racik halus-halus..
Tambahlah bunga yang lain kalau ada..
letak air mawar..
Beli kat mydin je...
Air mawar ada dua jenis ya..
ambik yang guna untuk bunga rampai..
jangan ambik yang guna kapur barus...
okay itu je nak syer...
sekian bye..
JANGAN PERNAH PUTUS ASA
Alhamdulillah Rabbil Alameen
Wassolatu Wassalamuala Ashrafil Anbiyai Walmursalin
Waala Alihi wasohbihi Ajmain..
Cepatnya masa berlalu..
Harini kita sudah sampai ke bulan kemerdekaan..
Tanpa kita sedar..
Masih banyak perkara yang belum tercapai..
Yang dirancang masih lagi tinggal perancangan..
Idea masih tinggal idea..
Masih di atas kertas...
Kena cergas..
No Procastination...
Banyakkan berdoa...
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala rancangan dan usaha kita...
Ameen Ya Rabb...
Next..
27 July 2024
2 Masalah utama Kewangan Kita..
8 Sikap Selesaikan Masalah Anda Sendiri..
25 July 2024
Formula Racun Rumput Organik
23 July 2024
FOKUS
18 July 2024
Tips Kewangan
Tips dan Formula Menuju Kekayaan dan kejayaan..
Encik Zulkifli Bin Shafie..
Youtube : Emas dan Kewangan
Tipsnya..
Ikut Nota dan kefahaman aku sendiri ya...
1. Cepat-cepat convert duit yang ada kepada emas sebelum di freezekan akaun jika kena query dengan mana2 pihak contoh LHDN...
2. Kewangan kita tanggungjawab kita.. Orang lain takkan peduli kat kita...
3. Kira financial freedom kita yang cukup sebulan untuk kita belanja satu family...
Asalkan cukup untuk makan sebulan sekeluarga.. Tak kaya dan jugak tak miskin satu figure... Contoh aku.. Rm4K
Asasnya RM4K ini adalah tak kaya dan tak miskin..
4. Financial freedom ni bila pasif income lebih besar daripada perbelanjaan.
Sambung semula...
5. Jika nak capai financial freedom....
perbelanjaan bulanan kita kena control..
kawal dengan buat kira-kira.. tulis...
ada budget kira-kira... jangan over spend...
6. Kalau nak cepat capai financial freedom..
Selain dari tambah income.. kawal perbelanjaan...
7. Pasif Income..
Dividen ASB, Tabung Haji, Unit Trust.
Sewaan, Perniagaan bersistem seperti Dobi layan diri, Vending Machine, Public Gold,
Royalti tulis buku..
8. Letak target RM1.2Juta untuk dapat pasif income Rm5K sebulan...
letak je target dulu.. Nanti akan nampak jalannya macamana nak buat..
9. Letakkan Rm1.2 Jiuta tu ditempat yang boleh menghasilkan dividen...
10. Emas dianggap non yield asset..
Aset yang tidak produktif...
11. No 1 mesti letak target dulu..
jangan fikir boleh ke tak boleh.. Semua orang boleh...
Kita kena tahu apa yang jutawan tahu..
kita kena buat apa yang jutawan buat...
Kita akan dapat apa yang dia exactly dapat...
12. Kekayaan ialah buat perrkara yang betul berulang-ulang kali....
hingga ianya jadi sebahagian dari diri kita...
Ia tentang membentuk habit kebiasaan kita.. mindset yang betul...
Ianya tentang hutang...
Tiada hutang..
13. Start saving dari sekarang...
Walaupun sedikit.
start saving rm20.00 tapi bukanlah selama-lama rm20.00
Setiap kali kenaikkan gaji tambah saving...
buat potongan gaji secara auto...
Buat Akaun GAP auto debit kat Public Gold...
14. Perkara yang betul kita tak perlukan decision...
Perlu jadikan Habit...
macam gosok gigi..
tak perlu fikir...
kalau ffikir-fikir last last gigi jadi rosak...
15. Sama jugak dengan kekayaan menabung...
Menabung tak perlu buat decision...
Memang kena buat tabungan...
Tambah tabungan tanpa perlu berfikir...
16. Untuk menabung pastikan cashflow bulanan kita positif..
Income tolak cashflow.. baru tahu positif atau negatif.. yang positif itulah tabuingan kita...
Cara nak tahu boleh rujuk di https://www.mohdzulkifli.com/
17. Nak pergi bercuti kena buat saving..
Cukup baru pergi bercuti..
Roadtax insuran pun kena buat saving...
Bukan pergi buat loan, bukan pergi swipe kad kredit...
18. Kira kos roadtax kereta servis dan maintenance...
19. Cara nak baiki cashflow kena jaga perbelanjaan...
potong mana yang tak perlu...
Jual mana yang boleh jual...
Naikkan income..
20. Jual skill yang aada untuk dapat duit...
Naikkan nilai diri...
Always Upgrade Yourself...
Pastikan diri kita adalah aset di tempat kita bekerja...
21. Saya dulu jual produk... guna katalog aje.. takde duit pun...hasilnya tu persennya saya simpan.. bila dah banyak saya beli emas public gold.. kemudian PG bagi jadi free je jadi agent...Lepas ti jual kelebihan produk public gold.. Syarikat PG bagi persen keuntungan... start dari itu sampailah sekarang..
22. Bila cashflow dah baik.. kena pastikan ada simpanan dana kecemasan..
pastikan ianya 3 bulan gaji... jangan sibuk nak buat menda lain lagi.... tak perlu lagi...
kalau terpaksa guna.. cepat - cepat topup balik....
Kalau tak cukup-cukup mungkin sebab cashflow negatif atau salah cara menabung...
23.Dana kecemasan simpan di ASB atau Tabung Haji.. Supaya tak mudah dikeluarkan..
24. Bebas hutang jahat.. ( Personal Loan, Kad kredit, )
Kalau nak capai financial freedom mesti lalui 4 benda ni...
25. Hutang ni ada dua.. baik dan jahat...
nak tau baik atau jahat tengok kesan pada cashflow dan harta kita...
contoh beli kereta adakah baik atau jahat pada cashflow kita...
Buat loan.. hilang saving 1K sebulan...
Kesan pada harta ( Kereta=Susut nilai )
26. Nak capai benda ni kena ada ilmu dan circle...
Sekian..
.
17 July 2024
Flow Jual Rumah
Assalamialaikum wbt...
Alhamdulillah Rabbil Alameen
Wassolatu Wassalamu Ala Rasulihil Ameen...
Harini aku nak kongsi sikit kaedah cara jual rumah...
Ini base pada aku punya story ye...
1. Iklankan rumah yang kita nak jual...
kalau malas mak iklan upah REN untuk tolong jualkan...
Sebelum tu check dulu berapa tinggal baki hutang rumah...
Kemudian check jugak berapa market value rumah tu...
Baru letakkan harga..
2. Bila dah ada buyer..
Suruh dia atau buyer tu mohon loan rumah..
waktu ni kena bagi semua detail rumah yang nak jual tu kepada buyer..
SNP dan salinan geran rumah...
3. Bila loan dah lulus dapatkan letter Offer daripada bank...
bawak Letter offer pergi ke pejabat lawyer,,,
4. Bila dah dapat lawyer..
Berkenaan Lawyer ni buyer kena cari sendiri...
Suruh lawyer buatkan Sale and purchase untuk rumah ni...
5. Sign SNP depan lawyer...
Buyer dan owner kena sign snp rumah...
6. Tunggu lawyer dapatkan consent daripada pejabat tanah...
7. Dah dapat consent pejabat tanah..
8. Dapatkan pula consent bank untuk keluarkan bayaran..
9. Selesaikan urusan tukar nama..
Daripada nama owner kepada buyer...
Bayar segala cukai yang ada..
cukai tanah dan cukai pintu...
10. Setelkan urusan LHDN...
11. . Tunggu bank buyer disburse duit untuk bayar baki beza daripada bank owner.
12. Setel baki owner daripada bank..
13. Lebihan tu barulah owner dapat duit dia.
14. Tempoh proses ni biasanya 4-6 bulan...
15. Jangan lupa claim MRTA takaful rumah tu...
16 July 2024
Psikologi.Duit
14 July 2024
11 Rahsia Sihat Nabi SAW
11 July 2024
pesta lampu luna
-
#Candat Sotong Siang. . C erita kali ini tentang aku mencandat sotong bersama geng merchong. Kali ini aku ikut trip bersama cikgu zul, da...
-
8 Habits That Will Solve 99% Of Your Problems👇🏽 1. Goal Setting Set clear and achievable goals to provide direction and purpose in solvin...
-
Hidup ini keras.. itu yang selalu kita dengar.. memang betul pun... kenapa orang nak berkawan dengan kita... mungkin kita ada sesuatu yang ...