12 September 2025

apa je

Silap Yang Buat Aku Rasa Menyesal, Tolong Jangan Ulang

Beberapa bulan lepas aku buat silap. Dan aku menyesal. Aku tulis ni bukan sebab nak tunjuk lemah, tapi aku tak nak kau ulang silap yang sama.

Kalau kau tengah struggle sekarang, mungkin kau tengah buat 1 dari 3 benda ni:

1. Tak Susun Jadual Harian

Aku ingat aku sibuk. Tapi bila aku audit balik hari-hari aku, sebenarnya aku sibuk dengan benda tak penting.
Scroll, tukar design, meeting kosong, adjust sana-sini, tapi kerja sebenar tak jalan.

Sekarang aku sedar:

Tanpa struktur, semua benda rasa penting. Tapi takde satu pun siap.

2. Tunggu Sempurna Baru Mula

Ini paling bahaya. Aku fikir nak buat betul-betul, nak tunggu team cukup, sistem siap, video perfect, produk top. Tapi bila tunggu semua tu, masa berlalu. Duit pun tak masuk.

Patutnya boleh mula dengan seminima yang boleh. Biar buruk, asal bergerak. Tugas aku sediakan Minimum Viable Product je, bukan cari kesempurnaan.

3. Speed Progress Slow

Aku terlalu chill. Takde sense of urgency.
Dalam hati ada cita-cita besar. Tapi tindakan tak selaju mulut.

Kau tak akan ke mana kalau laju fikir tapi lembap bertindak.

4. Overthinking Semua Benda

Buat konten fikir 3 hari. Padahal post pun belum.
Buat product plan ubah 8 kali. Tapi tak test pun kat market.

5. Kurang Self-Audit & Review

Tak tengok balik apa result minggu lepas, tak tahu apa yang tak jadi. Kau ulang je benda sama, tapi harap result berubah. Mustahil lah boss.

6. Tak Jaga Mental & Fizikal

Bangun lambat, makan tak jaga, tidur tak cukup.
Emosi pun jadi tak stabil. Dan bila minda kau kabur, semua benda pun jadi berat.

Sekarang Aku MESTI UBAH! . Kau Kena Ubah Juga.

- Aku dah mula susun waktu — jam berapa kerja, jam berapa rehat.
- Aku tak tunggu sempurna — asal boleh jalan, aku jalan.
- Aku buat lebih dari fikir.
- Aku reflect tiap minggu — apa jalan, apa tak.
- Aku cut benda tak penting. Fokus 3 benda: Marketing, Sales, Delivery. Cari partner yang boleh collaboration 

Jangan tunggu burnout baru nak ubah.
Kalau kau baca ni, anggap ni wake up call.

Berhenti cari alasan. Mula cari jalan.

03 September 2025

Bangun Awal..

Apa yang payah dalam hidup seharian kita...
Bangun awal..
Nak bangun awal kena tidur awal..
Buat apa bangun awal...
Inilah sebabnya..

So..
Jom kita bangun awal..
Try rutin pagi pula..
Tengok macamana..

01 September 2025

Affiliate Tik Tok

Alhamdulillah...
Semalam 31 Ogos aku baru start join affiliate tik tok...
Saja nak masuk trend..
Orang kata mana tau ada rezeki...

Mula terjumpa kat podcast merentan studio..
Hostnya md nor dan guestnya kak belle..
Layan punya layan..
Menarik jugak kontennya..
Kira macam teracun jugaklah..

Pastu aku perasan ada buku affiliate atas meja..
The Art Of Affiliate Marketing
By Kionz.C
Lama dah beli tapi tak baca lagi..
Apalagi..
Pastu terus buka dan baca...


Bersemangat terus nak buat konten...
Terus daftar akaun tik tok affiliate..
Pas siap daftar tu..
Baca buku tu lagi..
Tak boleh tidur aku malam tu..
Duk teringat akan hal ni...

Pagi esok pas subuh..
Sambung lagi baca buku..
Kasi cargas...
Kul 8 siap satu vtt pendek..
Pastu buat vtt extra virgin olive oil..
Buat lagi vtt pergi briskwalk kat umpsa...

Cargas betul semalam...
Sehari siap 5 video..
Cuma harapnya nak konsisten cari follower..
Sekarng ni Follower aku baru 119 orang sahaja...

Pada korang yang terjumpa blog ni..
Moh support aku punya tik tok..
Yonas...

Okaylah semoga aku terus konsisten...
Bye..

25 August 2025

Kitchen Cabinet

Harini geng A Craft kuantan datang tukar kitchen cabinet..
Kebetulan bulan april dulu lalu kat kuantan parade saja2 tanya je..
Pastu diorang senyap je..
Ingatkan tak jadi..

Eh minggu lepas dia call tanya..
Pas tu nak datang tengok..
Dah kebetulan memang KC aku ni memang nak runtuh sangat...
Aku suruhlah dia datang...
Bagi quotation..
Buat design..
Terus bayar booking RM1000..


Harini diorang datang pasang..
Kita tengok hasil A craft pula..

Ni gambar yang sekarang..
Dengan syarikat cikgu shidi..{ Sekarang dah tutup }

Sebelum

Selepas
Bezanya ada letak backsplash hitam
Tempat paip dia hacking, Guna soft close,
Tempat gas bawah stove terus..{ Free letak Gas }, Sinki pakai dua yang dalam,
Yang lama formica yang baru ni laminating..

Kos dia charge RM5,500 { Semua Sekali - Total }
Mula aku rasa macam mahal je..
Tapi lepas siap..
Memang mahal sebab susah nak pasang..
Dari kul 11 pagi sampai kul 7 malam..

Pekerja dia je yang datang pasang..
3 Orang bangladesh..
Harap okaylah yang ni..

Okey adius..



22 August 2025

Pasang Peg Board

Alhamdulillah 
Harini berjaya pasang peg board..
Lama dah beli baru ada kesempatan nak pasang..

Bolehlah materialnya daripada kayu keras..
Pasang pun senang je...
Kemaslah sikit bahagian meja desktop ni...

21 August 2025

Cara nak hilangkan perut sebu..

 

Petua Ringan di Rumah

  1. Minum air suam perlahan-lahan – bantu buang angin dan lancarkan penghadaman.

  2. Berjalan atau bergerak ringan – jangan baring terus, cuba berjalan 10–15 minit untuk bantu keluarkan angin.

  3. Urut perut – gosok perlahan ikut arah jam di sekitar pusat, boleh bantu keluarkan angin.

  4. Minum halia suam – halia memang terkenal untuk buang angin dan kurangkan kembung.

  5. Elakkan minuman bergas & terlalu manis – boleh tambah gas dalam perut.

  6. Makan sikit tetapi kerap – daripada makan banyak sekali gus.

  7. Jauhi makanan berangin buat sementara – contoh: kobis, kacang, ubi, bawang putih mentah.

🟡 Bila perlu lebih perhatian

👉 Jika sebu perut disertai dengan sakit kuat, muntah, najis berdarah, atau susut berat badan tanpa sebab, sebaiknya berjumpa doktor.



apa je

Silap Yang Buat Aku Rasa Menyesal, Tolong Jangan Ulang Beberapa bulan lepas aku buat silap. Dan aku menyesal. Aku tulis ni bukan sebab nak t...