05 January 2026

Java Flava

 Semalam pas hantar kakak pagi hari buat lesen memandu, ada jemputan kenduri menyambut menantu rumah kak lela. ikutkan aku segan jugak nak pergi tapi dah orang mengajak tak sedap pulak tak pergi. ramai pulak yang jumpa semalam dengan gb rusmina sekali pun ada jugak. 

Lepas siap makan kenduri terus pergi ambil kakak kat ketapang. Petang tu, kak teh ajak gi makan kat area kuantan, pergilah sekejap melayan diorang kat kuantan. Nak cari tempat yang sedap cubalah gi ke java flava, bukit sekilau. harga agak pricey sikit, tapi masakannya sedap. Saja nak test jugak sebab kata dak sala tempat ni sedap big breakfastnya.

bayar untuk 6 orang makan dalam rm195. Cuma parking je agak jauh sikit sebab susah nak dapt parking ramai sangat orang kawsan kecil je.

pastu lepak kat kawasan menara 188, benteng. Ramai orang malam-malam kawasan ni. Bawa keluarga bersama, layan budak ni naik basikal lepak2 jap. terus balik rumah. lagipun esoknya Ngah min nak balik KL awla pagi dan Abang Teh pun nak kerja.

04 January 2026

Berbekam

 Selesai je urusan polis datang ambil jenazah arwah mak cik eton aku pun bergegas ke spa ar rayyan sebab temujanji kul 3.00 petang lewat sikit sampai dalam kul 330. Mujur tiada orang menunggu lepas tu. 

Aku buat bekam 5 cup sahaja. Kira custom la tu, minima 5 cup je. saja nak cuba sebab lama sangat tak buat bekam ni. Lagi pun ini adalah sunnah dan anjuran Nabi SAW.  

Abang ngah ambil full rawatan bekam muka. Sebab masalah resdung dia yang kuat, kita cubalah rawatan resdung ni dulu lihat macamana kesan dia. 

Aku punya sesi sekejap je dalam setengah jam siap. bekam kat bahagian leher 2 cup, pada bahagian bahu 3 cup. lepas bekam tu rasa lega sikit. ringanlah rasa badan. Berjalan pun rasa ringan, pasni dia suh buat lagi tiga atau 4 bulan sekali.

Abang Ngah lama sikit hampir 45 minit, banyak darah kotor keluar. kalau tengok macam ngeri pun ada. Tapi takpelah harap semunya okay sahaja.

Abang ngah Rm109

Aku Rm55.

Kos semua RM164.00

Tahnik Anak Iman

 Semalam kak lah call, mintak tolong datang rumah..

Nak mintak tahnik anak iman yang kedua..

Baru 30 hari, kalau ikutkan tahnik ni lepas bersalin, tapi takpelah sekurang-kurangnya dia ada niat nak hidupkan sunnah dalam urusan kehidupan mereka. Yang mana hari ni kebanyakan orang ramai dah tidak menghidupkan sunnah nabi saw dalam kehidupan seharian mereka...

Aku datanglah seperti mana yang dijanjikan esoknya dalam kul 11.00 pagi, malas nak datang awal takut masih lagi tidur dan beristirehat.. hari cuti sabtu pulak tu. 

Sampai je kat depan rumah ketuk pintu tiada orang buka, bagi salam dekat 5 kali pun tiada bunyi apa-apa. Aku call kak lah pun tak berangkat. ketuklah lagi, call semula.. akhirnya dapatlah kak lah angkat, katanya ke bandar beli barang. 

Tunggu jap kat buaian depan rumah dia. tak lama pastu kak lah sampai, borak sekejap pastu tiba2 bini yusoff belakang rumah datang termengah-mengah mintak tolong, katanya dengar sura mak cik eton belakang rumah jatuh. Aku bertiga pun bergegas ke rumah tu. sampai-sampai je tengok mana orang nya.

Pastu nampak badan orang terlungkup tepi beranda dapur rumah dia. aku tengok dah keluar air2 pada badan dia, kaki pun nampak lebam, ada bau sikit. Nak pegang tak berani, panik tak tau nak buat apa, kak lah call 999 pastu call jpam, aku pun call meran.

Tak lama pastu meran sampai, jpam dan ambulan pun smpai jugak. tengok-tengok katanya dah meninggal. Mungkin dah 2 atau 3 hari, terus call balai polis daerah. lama jugak menunggu nak boleh kan sampai jeep polis tu, tunggu anggota diorang  bersiap. lagipun unit ni hanya standby je.. jadinya memang diorang tak tunggu kat balai, dari pukul 11.30 pagi tu sampailah kul 2.30 petang baru selesai polis menguruskan jenazah arwah mak cik eton tu.

Dah siap semua tu barulah aku boleh buat tahnik anak iman. anak perempuan shafa al fatimah. Ikutkan 5 minit je urusan tahnik, tapi disebabkkan adfa urusan luar jangka macam tu hampir 3 jam baru siap. Alhamdulillah selesai semua kat kul 3. 

03 January 2026

Jenis Motivasi

2 Jenis motivasi yang terkenal
1. Intrinsik
2. Ekstrinsik.

1. Intrinsik 
Adalah jenis motivasi yang datang dari dalam diri seseorang. Ia melakukan sesuatu kerana berasa seronok. Dengan itu dia sentiasa rasa bermotivasi untuk melakukan perkara tersebut. Motivasi jenis ini lazim adalah sangat baik.

2. Ekstrinsik.
Jenis yang berharap adanya ganjaran baru dia rasa semangat nak buat. Jika ada tawaran yang menarik minat dia baru nak buat. Lazimnya motivasi sebegini kurang baik.

Namun, keduanya ada kelebihan masing-masing. Hanya perlu disesuaikan sahaja mengikut situasi. Apa yang utama kita sentiasa berkembang. Cepat atau lambat mengikut kadar motivasi masing².

01 January 2026

Cuti Hujung Tahun Dis 2025

24-28 Dis 2025
5 Hari
Rabu-Ahad
Desa Warisan Sepang
Alanis Resdence.
Damansara
Sovotel Hotel.ll

Tahun ni aku saja nak rasa bercuti lama sikit.
Ambil 5 hari terus, rabu hingga ahad.
Tapi macam tak puas pulak. Patutnya sambung lagi sehari. 

Plan pertama nak bercuti area putrajaya je. Tapi bila ambil homestay rupanya kat area sepang. Agak jauh juga dalam 20 minit. 
Rupanya okay je kawasan desa warisan ni. Banyak juga tempat menarik. Malam tu boleh la ke pasar malam dia. 
Esoknya ke hobbit, taman botani putrajaya. Pastu makan makan kat ayer 8, 10 gram. Ingatkan pas makan nak ke mitsui sepang, taip la mitsui outlet rupanya dia hantar ke bukit bintang.
Tak tau pulak ada kt bukit bintang jugak mitsui ni.
Esoknya ke Mitsui Sepang Klia, ada Sale. Harga memang murah. Aku tak tau pulak mitsui ni jenis peremium outlet macam GPO Genting dan JPO Jb..
Pasni boleh


Kejayaan aku Tahun ini.

 Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dah pun masuk tahun baru 2026.

banyak juga menda yang berlaku pada aku tahun 2025 ini.

Disini aku nak share sedikit target dan kejayaan aku tahun  ini.

Semoga ianya menjadi inspirasi dan satu penanda aras untuk aku lebih berjaya lagi pada tahun hadapan.

1. Menulis dan mengupdate blog ni sebanyak 203 artikel.

- Wow, pada aku ini adalah satu kejayaan yang besar jika dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya.

2. Menjaga kad kredit aku daripada digunakan, kosong penggunaannya.

- walaupun aku tak guna kad kredit, tapi masih lagi ada. Aku lebih gemar menggunakan kad debit sahaja.

3. Menabung sebanyak 3k sebulan demi untuk melunaskan segala baki hutang yang masih ada.

- meskipun dapat menyimpan tapi dugaan juga sangat banyak, tukar table top dapur sahaja dah hampir 5K. Mujur ada simpanan, begitu juga nak travel berjalan guna duit yang sama sehingga lari sikit target nak setelkan hutang. maintenance kereta juga guna duit saving yang sama. sebab itu simpanan ni sangatlah penting.

4. Menyelesaikan personal loan izan 21K. 

- Ini antara installment yang besar secara bulanan. Alhamdulillah selesai.

5. Tempat travel tahun ini.

- Nemo Campsite, Balok.

- Kuala Lipis, Jerantut, Cameron Highlands.

- Kuala Terengganu. / September

- Kuala Lumpur, Putrajaya, Bukit Bintang.

6. Final Takraw Zon Bandar.

- Selama aku melatih budak ni, ini kali pertama dapat masuk final zon bandar. Tempat kedua pun dah kira okay.

7. Memulakan Tik Tok Affiliate.

- Alhamdulillah aku dah unlock satu income daripada tik tok, cuma tak beria lagi. Harap lepas ni kena lebih bersungguh lah.

8. Bacaan Buku Tahun ni, 8 Buah.

i- Psychology Of Money.- Morgan Hausel

ii- Ikigai.- Hector Garcia

iii- The Procastination Care- Damon Zahariades

iv- Mudahnya menjemput Rezeki 3- Fathuri saleh

v- attitude Is Everything- Jeff Keller.

vi- Hidden Genius.- Polina Marinova

vii- Kemalasan Peribumi Filipina.- Jose Rizal

viii- Teroka sains 6 - Dr Wan Fahmi/Dr wan Anies

#BanyakLayanPodcastLichessFBTikTokPunca.

9. Masuk liga komuniti ping pong.

- Tempat keempat, last dalam kumpulan.

10. Hutang Tinggal 3 yang kena langsaikan.

- Arrahnu

- Axia

-Maulana

Selamat Tahun Baru 2026

 Selamat Tahun Baru 2026

Cepatnya masa berlalu, baru sahaja dengan tahun 2025,

Masih banyak impian yang belum tercapai.

Semoga Tahun 2026 ini, lebih dari separuh impian dapat dicapai.

May Allah swt bless us..

19 Rejab 1447H

6 Undang Undang Disiplin