02 February 2026

Salam Nisfu Syaaban 1447H

Hari ini dah sampai malam ke 15 dibulan syaaban. Juga disebut malam nisfu syaaban.
Cepatnya masa berlalu tinggal 15 hari sahaja lagi untuk sampai ke bulan Ramadhan.

Malam ini kebiasaannya, disurau dan masjid kita akan membaca yasin sebanyak 3 kali.
Bacaan pertama berdoa mohon dipanjangkan umur dijauhkan dari azab api neraka..
Bacaan kedua mohon dimurahkan rezeki dan dikurnikan rezeki yang halal..
Bacaan ketiga mohon ditetapkan keimanan sehingga ke akhir hayat.

Amalan sebegini kebanyakannya dilakukan di negara rantau asia tenggara. Seperti malaysia, indoneaia brunei singapura dan sebahagian juga terdapat sebahagian dari negara arab.

Amalan bacaan yasin sebanyak 3 kali dibulan syaaban tiadalah sunnah yang dilakukan oleh rasul. Hanya sebagai ijtihad ulama yang menghidupkan malam nisfu syaaban ini.

Sebagai muslim yang benar-benar beriman tiada masalah untuk kita menghidupkan malam ini dengan bacaan yasin dan berdoa sepertimana anjuran ulama terdahulu.

Semoga doa dan bacaan yasin yang dibaca pada malam nisfu syaaban ini diperkenankan oleh Allah swt. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Salam Nisfu Syaaban 1447H

Hari ini dah sampai malam ke 15 dibulan syaaban. Juga disebut malam nisfu syaaban. Cepatnya masa berlalu tinggal 15 hari sahaja lagi untuk s...