26 March 2026

Raya Tahun Ini

Raya tahun ini ingatkan biasa aje..

Raya Pertama
Dah tulis

Raya Kedua
- Beraya di salong
- Beraya di Keratong
- Beraya di Bandar Penawar JB
- Bergerak Ke Bandar Penawar, pengerang.

Raya Ke Tiga
- Beraya di rumah Amy
- Beraya di Mini Zoo Desaru
- Beraya di Johor Premium Outlet

Raya Ke Empat
- Balik ikut jalan pantai Tg Balau, Sedili..
- Lalu ikut mersing
- Singgah Pantai Air Papan..
- Makan di sumpit - sumpit .
Pantai air papan
mini zoo desaru
Rumah amy
Pantai desaru





22 March 2026

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

 Kullu sanah wa antum toyyibin..


Selamat Hari raya Aidil Fitri..

21 Mac 2026

Sabtu

Maaf Zahir Dan Batin


Pagi raya tahun ni diorang mintak aku jadi khatib..

Pastu berborak sekejap kat kantin sambil makan satay sikit..

Balik rumah terus gerak ke rumah sikin..

Berkumpul di situ..

Fotografi sekejap..


Pastu gerak ke kubur tok tuan..

sambil drive diorang buat video call..

sampailah ke kubur..

..

Bertahlil 

Kemudian jumpa dengan nizam dan mak teh kat situ..

siap ke kubur depan tu..


kami terus ke kedai along..

Gi makan nasi..

pastu balik solat dan ke kubur arwah abang kat kempadang..

Dah selesai..


Gi minum kat zuss coffee

sebelah secret recipe..

lepak kat maghrib baru balik rumah..

singgah rumah sikin makan malam pulak..


pastu sambung ke rumah kak mah..

selesai lah raya pertama..

Alhamdulillah raya pertama tahun ni..







18 March 2026

Berbuka puasa di Santai

Semalam balik ambik budak ni dari asrama..
terus ke klinik ima dental .
Tempat kakak buat braces..

pastu
Pergi tempah tempat berbuka..
kalini cuba d santai restoran..
 booking dalam kul 5

menunya 
nasi putih 6 orang
air laici 1 jug 5 untuk orang
air teh 3 layer satu
kailan ikan masin 1 orang
ayam goreng cincang
udang butter 6 pcs
sup ayam
ikan aji² bakar
sotong celup tepung
sotong goreng kunyit..
Total Rm206.80

mulanya terkejut jugak aku..
macam overprice pulak .
mahal weh .
takpelah . 
kita yang makan kitalah yang bayar..

cuma next time tak repeat dahlah..
budget seratus lebih sikit biasalah .
takpelah yang penting memori tu bersama
dengan family .




Pasang CCTV

Harini Azrul datang rumah nak pasang cctv..
dah janji dari hari isnin lagi..
Belinya dari tahun lepas lagi kat lowyatt..
cuma nak pasang tu kena cari siapa yang boleh buat..

setakat banyak orang yang berurusan ni..
si azrul yang kena dengan aku .

dia tebuk dari dalam..
buat socket plug dari luar..
ikutlah janji boleh pakai .

Total siap pasang
Rm80.00

okaylah tak mahal sangat.  
semoga dipermudahkan ..

Aircond Alza Buat Hal .

Semalam 17/03/2026
Aircond alza ni buat hal plak..
tiba- tiba tak sejuk..
keluar angin je..
musim panas macam ni dia buat tak sejuk..
Rasa baru aje isi gas .
ini kali ketiga dia buat hal ..

tak daya rasanya..
terus pergi ke kautsar aircond..
tanya dulu kenapa..
dia kata mungkin paip gas bocor..

kalau nak tukar kena tinggal kereta..
takpelah aku tinggal dari pagi..
cuma bagitau nak ambil dalam kul 2..

kul 11 macam tu dia call kena tukar paip, valve, flushing dan isi gas...
aku tanya berapa costing..
semua dalam rm6++
Nak tak nak memang kena buat jugak..
Aku okay jelah..

kul 1.30 dia bagitau kereta dah siap..
dalam kul 2 aku datang .
nak kena bayar .
Total Rm 598.00

Boleh tahan harganya .
Takpelah asalkan siap dan tak buat hal .

Semoga dipermudahkan...

Tukar Tayar Kereta Alza

Harini gi kedai azan tayar ketapang .
tukar 2 biji tayar belakang..
last tukar 2022..
aku rasa dah lama sangat tu..

yang depan baru tukar 2025..
kira bunga masih okay .
kalau tengok luar nampak macam okay je lagi .
cuma sebab raya..
aku nak jalan jauh sikit..
eloklah tukar tayar belakang tu..

yang depan hantar belakang .
yang belakang bawa ke depan tapi tukar yang baru..

harga sebijik Rm190
2 Biji .
Brand Handcook
saiz 14
205/55/14
lubang angin rm5x2
Allignment rm25
Total: Rm415.00

Harap tahan lamalah..

16 March 2026

Tukar Minyak Hitam Axia Dan Belting

Harini ada kesenpatan nak ke bengkel kereta..
dah lebih 4K odo meternya..
tak sempat sokmo nak pergi tukar minyak hitam..

Kalau ikut KM kereta ni 
dah sampai 161102Km
Sepatunya 157514 Km dah kena tukar
minyak hitam..

Guna minyak hitam 
Seiki Motor Oil
Fully Synthtic
0W-20
Oil Filter

Aku pun tak tau mana satu brand yang bagus..
ikut jelah..
Harap okay je pakai minyak hitam jenis ni..

Alang-alang aku tukar minyak hitam dibengkel ni..
Terus buat sekali tukar belting aircond..
dah nak berbunyi-bunyi masa bawak
kat enjin tu..

Tambah sekali dengan coolant..
Sebab dah kurang sangat..
Total Rm263.00


Coolant

Minda CEO

SCAM Paling Besat Adalah Motivasi

"scam yang paling besar ialah motivasi"

Inilah yang saya konsisten dengar dari mana-mana taikun. Mereka sering sebut kepada saya mereka semua tak pernah ada motivasi. Yang mereka ada hanya disiplin.

Bangun seawal 4pagi setiap hari. Malah ada yang bukan muslim juga berbuat benda sama. Sekitar 2 bulan lalu saya dapat jumpa anak seorang taikun terkenal di Malaysia, beliau juga merupakan usahawan hebat yang mempunyai jaringan kedai lebih 300 cawangan seluruh Malaysia. 

Saya bertanya kepada beliau apa rahsia beliau berusaha, sebab beliau anak TS tersebut ke?

Beliau jawab "kami keluarga yang bermula dari bawah, jadi ayah pun suruh mula dari bawah, saya kena bangun 4 pagi setiap hari, ayah suruh baca buku, tulis apa kita baca dalam 1 muka surat, ayah akan tengok setiap hari, tak buat kena rotan tapak kaki, lepas itu ayah suruh buat kira-kira 1 jam, biasa ada 20 soalan. 1 soalan dia suruh siapkan 2-3 minit saja. Itu disiplin dari kecil sampai umur 12 tahun. Umur 13 tahun dah belajar sikit-sikit kira-kira akaun."

Jawapannya adalah disiplin. 

Saya ingat saya pernah tanya Datuk Ameer Mydin, apa yang buat dato hebat sampai sekarang?

Dato cakap "disiplinlah, u nak pandai berniaga, u kena ada disiplin, kalau tak ada disiplin, u pandai berniaga macam mana pun u takkan ada hasil konsisten. Disiplin akan buat u konsisten, motivasi semua tu semua scam untuk otak u".

Juga saya pernah jumpa Tun M, saya tanya Tun kenapa Tun masih konsisten membaca, konsisten menulis, konsisten masuk politik, konsisten melawan sana sini (haha beliau ketawa sama),

Tun jawab "inilah disiplin. Kalau tak ada disiplin, kita nak pergi mana pun tak tahu, kita tak ada destinasi, kita tak ada tujuan. Disiplin buat kita ada matlamat, dengan disiplin kita tahu apa kita akan dapat. Itulah disiplin. no need motivasi ke semangat ke, motivasi, semangat bolehlah sikit-sikit, tapi disiplin, wajib".

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Buat saja, disiplin kena jaga. Bismillah. 
Gambar lama bersama Dato Ameer Mydin semasa masih supply biskut ke 46 cawangan Mydin tahun 2022.

Sumber
FB
KHM
#SimpananSupayaTakLupa

15 March 2026

#5. Umrah Lagi

 Kali ini berkenaan dengan umrah ni..

Terpaksa di tunda kerana masalah krisis peperangan di timur tengah..

Ruang udara qatar belum dibuka untuk penerbangan awam..

Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu..


last minit baru dapat tahu..

kena tukar plan pulak..

Kena pergi cari baju raya..

kuih raya..

duit raya..

Ayam daging kena lah ready...

Mercun raya jugak..


Cuma sekadar sempat jelah untuk persiapan kali ini..

Ingatkan raya di Mekah dah..


Tunda sehingga bulan Disember nanti..

Kesian budak budak ni dah excited sangat nak pergi umrah..

Takpelah sabarlah sedikit..


Semoga dimudahkan segala urusan aku kali ini...

Ameen..


08 March 2026

Undang Undang Lelaki

RULES FOR MEN:

Go to the gym,
Even if you’re tired.

Start that business,
Even if you’re poor.

Invest in education,
Even if you’re broke.

Approach that girl,
Even if you’re shy.

Do that work,
Even if you’re unmotivated.

You're a man

Find a way to get things done,
Sumber FB

07 March 2026

#4 Umrah- Bayar Duit Visa dan Hotel Madinah

 Harini kena bayar duit hotel madinah..

Sekepala Rm310 duduk selama 5 hari..

Total 6 orang Rm2100


Nama hotel pun tak tahu lah apa..

Bayar je dulu..


Untuk duit Visa dah setel setiap sorang kena Rm530

Total kena RM 3,180

setakat ni kos untuk buat umrah ni dah 24K

tak masuk hotel mekah duit belanja tambang sana dan makan..

#3 Umrah- Gambar Visa

 Harini gi buat gambar 4 keping untuk dibawa umrah..

Kalau ikutkan tak mintak tapi untuk keselamatan.. 

Die bagitau supaya standby untuk 4 keping gambar..


Dari kampung terus aku kekedai konica bandar..

buat gambar..

Dia charge untuk 4 pcs gambar RM15.00 

jadinya aku ber empat orang darab sahajalah dengan 6 orang..

Total Rm90.00


Kalau ikutkan aku nak print sendiri je..

tapi masa inilah printer pulak rosak..

hantar ke kuantan..

acer highpoint..


dah hantar hari khamis baru ni..

tapi belum siap lagi..

Glossy paper pun dah beli..

Tapi dah lama sangat..

Masa pun sangat singkat nak tunggu..

Bayar jelah..


harap dipermudahkan urusan umrah ni..

Isi Borang Cukai

 Khamis 5 hb mac

aku dah isi borang cukai ni..

Saja nak isi awal sikit.


kalau ikutkan dia dah boleh isi pada 1 mac..

tapi trafik teruk sampai jem tak boleh buka..

Bila dah reda orang isi barulah aku cuba isi..


Kali ni tak banyak pun aku klaim..

Tak sampai 2K ..

Kalau iku potongan dia kat aku lebih 5K..

Kira aku ni penyumbang besarlah pada ekonomi negara..


Untuk wife aku pun lagi sikit tak sampai 1K pun klaim..

Bayar cukai nya dalam 4K lebih setahun...


Takpelah dapat juga nak buat belanja gi umrah kali ni.

Harap dapat cepatlah sikit..

03 March 2026

Amerekka serang Ierran

 Sekarang ni sibuk pulak dah amerekka dan isrl gi letup bandar tehheran..

serangan pertama hari sabtu 28 feb..


Mengakibatkan kematian pemimpin tertinggi ierran.. Ayatuloh Khomenei..

huru hara dah keadaan di timur tengah..


Tak tahulah bahawa nak pergi umrah ni macamana..

Harap semuanya dipermudahkan..

27 February 2026

iftor Jamaie

Khamis
26 Feb
Ramadhan ke 7
Dewan Bakawali..

Majlis iftor Jamaie beramai ramai..
Aktiviti ini memang tiap tahun..
Aku plak Jadi Imam terawikh..
Sebelum ni ada baha..
Tahun ni aku seorang..

Buat 8 rakaat je..
Tu pun tersalah Dan terlupa ayat..
Mendanya dah lama tak Jadi Imam..
Doa pun lupa .
Padahal baca sokmo..

Semoga tahun ini ramadhan kita lebih baik..
Segala amalan diterima..




22 February 2026

Pelepasan Cukai Tahun 2025

Sudah boleh mula is Mula 1 Mac 2026
Cepat isi cepat dapat..
Boleh rujuk Carta berikut..
 Satu lagi Carta mudah faham
Lagi tambahan

21 February 2026

Tukar Belting Kereta Alza

 Masa balik dari kuantan baru ni tiba tiba ada bunyi kuat kat bahagian enjin depan..

Aku terpaksa berhenti jap kat tepi jalan..

Berhenti dekat area penjara penor..

Buka bonet tapi tiada apa pun..

Dengar bunyi betul betul datang dari belting tu..

Belting dah berbunyi..
Dah lebih 288K Km..

Terbelah..
Call Cha tanya boleh bawak lagi ke..
Dia kata boleh je..
Aku terpaksa bawak slow..

Aku pun dah lupa nak tukar belting kereta ni..
Dia kata boleh aje slow slow..
aku pun bawak jugalah..

Esoknya baru hantar ke bengkel syam workshop..
Dia tukar belting dan servis terus minyak hitam..

Dia tukar belting RM100
Tukar minyak hitam RM185
Total Rm185.00


Salam Ramadhan

 21 Feb 2026

Sudah masuk hari ke 3 ramadhan..

Cepat betul masa berlalu..


Awal ramadhan pada 19 feb 2026 


Surau tempat aku tahun ni buat 8 rakaat je..

Panggil imam luar 

dari madrasah asyraful madaris

seorang je..

Dia berpasangan dengan anak cikgu mie.

Imam Muhamad..

Bolehlah 2 orang imam..

Bergilir..


Semoga istiqomah berjemaah ameen..


20 February 2026

Birthday wife

Semalam sambut birthday wife..
Sambut kat rumah je..

Patutnya sambut hari khamis..

Tapi tak sempat sebab balik kampung pulak..
Sibuk cari barang di kuantan lagi..
Kereta pulak meragam..

Tahun ni sambutannya mudah je..
Beli kek dan potong kek je..

Ada masa nanti bolehlah cari hadiah yang simple je..
Sekurangnya ada jugaklah hadiah..

yang penting wife happy..
Happy Wife Happy life..


#Umrah 2 - Bag Bagasi

19 Feb 2026
Beli bag Bagasi kat KCM
25Kg 3 unit
7 Kg 1 unit

Plannya nak bawak masa ke umrah nanti..
Beli di KCM kuantan
Parkson.

Ada warranty Selama 5 tahun..
Kod dia OOO
Pastu boleh tukar ikut sesuai yang kita suka...

Warranty termasuk roda zip Dan body..
Tunjuk resit je..
Harga seunit yang 25 Kg Rm 159.00
Yang 7 Kg seunit Rm 149.00
Total Rm626.00
Dapat free gift tuala premium sehelai..




19 February 2026

Redmi Note 15Pro 5 G

15 Feb 2026
Ahad
Celcom Digi

Aku tukar phone lama Samsung A14G
Kepada Redmi Note 15Pro 5 G

Yang lama tu aku dah pakai 3 tahun..
Kiranya masih okay lagi..
Cuma storage dah penuh sangat..
Lagipun duk fikir nak bawak pergi umrah biarlah yakin sikit..
Storage banyak senang nak ambil gambar..

Plan yang sama dengan sebelum ni . hanya renew kontrak 2 tahun jelah..
Kena bayar dalam Rm150 untuk ambil phone ni.
Sebulan Rm80 
300GB kuota internet..

Semoga tahan lama..

16 February 2026

#1. Umrah - Buat Pasport Antarabangsa

13 Feb Jumaat 
balik ambik budak dari asrama..

Baru ada masa nak update
Hari jumaat baru ni start buat Pasport kat UTC..
Mula buat macam biasa dia suruh isi borang warna biru...

Dia tanya pernah buat ke..
Aku jawab pernah..
Mana pasport yang lama..
Aku cakap tak bawak.

Dia suruh bawak Pasport lama tu jugak.
Takpelah esoknyalah aku bawak..
Aku, wife, kakak Dan abangah je yang ada Pasport Antarabangsa yang lama .

Yang lain okay xde masalah..
Huda Dan kak de bereh .
Sebab memang tak pernah buat Pasport..

Bayar Dan ambil Pasport esoknya..
Sebab dah pukul 430 petang..
Mesti sejam lepas bayar baru siap .

Esok paginyanya pulak aku ada kursus kat ppd..
Bimbingan kaunseling gbls .

Kena pergi utc lewat sikit.
Wife pulak ada mesyuarat pibg.
Kena gerak tengahari..
Kul 2 baru dapat gerak Dari rumah..

Sampai kat utc kul 3.15 
Dia kata aku ni ada Pasport lain lagi yang tamat tahun 2016..
Puas pulak aku memikir..
Memang last aku gi Umrah tahun 2016.

Selesai yang wife, kakak Dan abangah..
Cuma jam dah 3.45.
Bayar kat kaunter dulu..
Dia mesti sejam pas bayar baru boleh ambil Pasport tu..
Dia suruh datang esoknya pulak..

Balik rumah cari Pasport lama tu tak jumpa..
Tak taulah kat mana..
Aku rasa pada travel agen dulu kot .
Sebab memang puas aku mencari..
Tak jumpa..

Ahadnya aku datang lagi..
Kali ni aku bagitau hilang jelah..
Dia tulis kat belakang Pasport tu..
Hilang / Lost..
Pihak imigresen kata agak berisiko kalau tulis hilang kat Pasport baru ni..
Takpelah harapnya tiada masalah nak masuk kat imigresen Arab Saudi nanti..
Lagipun aku dah tiada piliihan..

3 hari aku nak setelkan urusan Pasport ni..
Memang mencabar..
Total kos semua
Dewasa Rm200 darablah 5 orang..
Kanak kanak Rm100
Total Rm1100

Semoga dimudahkan urusan aku
Pada Kali ni .
Ameen

11 February 2026

Birthday Huda

11 Feb 2026
Harini harijadi huda..
Dah besar dah dia..

Cepat masa berlalu..
Semoga menjadi anak yang solehah..
Beli kek kat secret resepi aje...

Harga rm98..
Size 1 kg..
Okaylah asalkan dia happy je..

Briskwalk Di Umpsa

Harini ada kesempatan sikit buat briskwalk di umpsa..
Sekarang ni inilah port aku nak beriadah..
Tempat ni sangat sesuai sebab tak ramai sangat orang melepak..

Hanya untuk yang nak beriadah netul betul je..
Keluasan trek joging dia sekitar 1.5km je..
Bolehlab untuk nak jaga kecergasan tu..

Dapatlah satu pusingan je..
Cukuplah dulu..
Pace 9..
Macam dah berjalan je..

5 Hormon Otak Anda

Secara spesifiknya, 5 hormon otak ini tidak berfungsi dengan betul:

1. Dopamin – Hormon motivasi & kegembiraan

2. Serotonin – Hormon mood stabil & tenang

3. GABA – Hormon penenang & hilangkan anxiety

4. Endorfin – Painkiller natural yang buat anda rasa euphoria

5. Cortisol – Hormon stress (yang perlu dikurangkan)

Bila kesemua hormon ini seimbang...

Kita akan bangun tidur dengan rasa segar.

Panggilan Umrah 2026

Tahun ni jadi tahun ke 10 setelah last umrah aku tahun 2016.

Tiada rancangan tiada plan tiada angin yang bergoncang..
Kewangan pun ibarat kata kosong..
Baru saja buat full settlement Axia..
Hanya duk main congak dikepala sahaja..

Entah macamana aku pun tak tahu, tak jelas..
Begitulah keadaan sekarang, tiket flight dah mula dibeli..

Perancangan sangat nipis..
Ilmu pun ingat ingat lupa..
Pergi pulak sekeluarga..
Kosnya memang sangat seram..

Urusan apa pun tak tahu apa lagi..
Tak buat apa pun lagi..

Semoga urusan umrah kami sekeluarga pada kali ini dipermudahkan Allah swt..



09 February 2026

Kakak keluar asrama

Harini 9 feb 2026
Kakak keluar asrama..

Banyak sangat halnya..
Nak buat lesen memandulah
Nak isi borang upu lah
Keadaan asramanya yang teruk lah..

Dengan air takde.
Tikus banyak..
Gangguan mistik
Macam macam lah lagi..

Semoga kakak terus sukses 
Walai duduk mana pun..

Kerjaya Anda dengan AI

Bila kita suruh Chatgpt buat kerja..
Inilah hasilnya..
Dia memang dah simpan data kita..

Jangan banyak kongsi dengan chatgpt..
Nanti abis semua dia tau..
Inilah data yang dia dapat dari aku...

02 February 2026

Salam Nisfu Syaaban 1447H

Hari ini dah sampai malam ke 15 dibulan syaaban. Juga disebut malam nisfu syaaban.
Cepatnya masa berlalu tinggal 15 hari sahaja lagi untuk sampai ke bulan Ramadhan.

Malam ini kebiasaannya, disurau dan masjid kita akan membaca yasin sebanyak 3 kali.
Bacaan pertama berdoa mohon dipanjangkan umur dijauhkan dari azab api neraka..
Bacaan kedua mohon dimurahkan rezeki dan dikurnikan rezeki yang halal..
Bacaan ketiga mohon ditetapkan keimanan sehingga ke akhir hayat.

Amalan sebegini kebanyakannya dilakukan di negara rantau asia tenggara. Seperti malaysia, indonesia brunei singapura dan sebahagian juga terdapat sebahagian dari negara arab.

Amalan bacaan yasin sebanyak 3 kali dibulan syaaban tiadalah sunnah yang dilakukan oleh rasul. Hanya sebagai ijtihad ulama yang menghidupkan malam nisfu syaaban ini.

Sebagai muslim yang benar-benar beriman tiada masalah untuk kita menghidupkan malam ini dengan bacaan yasin dan berdoa sepertimana anjuran ulama terdahulu.

Semoga doa dan bacaan yasin yang dibaca pada malam nisfu syaaban ini diperkenankan oleh Allah swt. Ameen Ya Rabbal Alameen.

31 January 2026

5 Tahun Dari Sekarang

Sebelum sampai 5 tahun dari sekarang..
Pasti jumpa jumpa setahun dar sekarang...
Sebelum setahun dari sekarang..

Pasti jumpa sebulan dari sekarang..
Sebelum jumpa sebulan..
Mesti melalui sehari dari sekarang..
Jadi kata kuncinya adalah..
Mulakan semua ini sekarang..

30 January 2026

Buku ke 2 Tahun ini

Tajuk : Wang Fiat Dan Sistem Hutang
Penulis : Nazri Hamdan
Muka surat : 154
Terbitan : Galeri Ilmu

Tarikh Beli : 01 Januari 2026
Tamat Bacaan : 30 Januari 2026
Rating: 9/10 

Overview :
1. Bahasa yang digunakan sangat mudah difahami untuk kategori kita yang bukan dari bidang perakaunan dan latar belakang ekonomi.
2. Wang tidak wujud. 
-Ini adalah dalam konteks matawang sekarang yang senang dimanipulasi. Bukan nilai sebenar, kerana ditentukan oleh bank dan kerajaan sesebuah negara. Nilai yang tidak menentu diletakkan pada sekeping kertas yang bercetak.
3. Kejatuhan sistem wang emas dan kemunculan sistem wang fiat. 
-Ini melibatkan sejarah terjadinya sistem matawang moden yang ada pada harini. Kena baca dan hadamkan semula.
4. Bagaimana kadar faedah ( Riba ) boleh wujud.
- ini ditentukan oleh kerajaan dan institusi perbankan sesebuah negara. Kerajaan dan bank bersama memainkan peranan untuk menstabilkan nilai matawang sehingga diyakini oleh rakyat dan juga pelabur luar.
5. Manipulasi matawang.
6. Risiko wang fiat.
7. Wang alternatif dan cabarannya.

Boleh beli dan baca. Pada aku memang sesuai untuk menambahkan lagi pemahaman kita berkaitan ekonomi.

29 January 2026

Nazri Eksiden

Harini dalam perjalanan ke tempat kerja.
Macam biasa sampai kat pulau keladi.
Tempat kerbau banyak dan sangkar banyak..
Nampak kereta sala bagi signal kecemasan..

Aku dapat rasa ada menda tak kena..
Parking belakang kereya dia..
Tengok ada nazri dalam kereta dia..

Macam pelik dah..
Pastu aku bagi lampu kecemasan..
Tengok ada nazri dalam kereta dia..
Pastu nampak ada kereta kancil jjw6559

Kereta nazri tu dalam semak..
Nampak ada kereta axia sebijik seberang jalan..
Dalam semak jugak..
Ada tiang letrik patah..

Tanya sala katanya ada sebijik lagi persona putih..
Ada kat depan sikit..
Tapi takde apa apa..

Tengok keadaan nazri..
Okay je..
Mujurlah dia tiada apa apa kecederaan..
 Terus hantar ke hospital buat rawatan
Apa yang patut..
Sala hantar dia ke hospital 

Tunggu towing zaki datang ambil..
Kena tunggu sebab ada bag komputer,  duit kedai buku sama dengan telefon..
Kunci rumah dia jugak..
Pintu tu tak boleh buka..
Lekat pada semak..

Tunggu towing tarik ke keluar baru dapat buka kereta tu..
Lama jugak 815 baru zaki zampai..
Dah siap tarik ke atas..
Baru dapat buka pintu..

Ambil bag, telefon dan kunci rumah dia..
Pastu sala hantar semula ke hospital..
Nazri dah tunggu kat sana..

Aku dengan haikal pun terus sambung gerak ke tempat kerja..
Semoga di permudahkan segala urusan..

28 January 2026

Tukar Brake Pad, fog lamp, lampu senja Alza

Harini ada kesempatan bawak kereta alza ni ke kedai.
Sebelum ni kuat sangat bunyi bila kita brake.
Aku dah syak memang brake pad nak habis..
Kalau tekan brake bunyi geseran dia kuat sangat..

Pergi kedai alat ganti rumah 100
Belu pad brake Rm68.00 dengan mentol fog lamp Rm10..
Bawak ke tayaria kedai hujung sekali..
Mintak tolong dia pasang..
Dia ambil upah rm30
Aku okay je
Sebab memang dia ada semua alatnya..
Senang tak payah pening kepala..

Dah siap pasang aku balik rumah..
Nak tukar fog lamp sendiri..
Cuba pasang..
Sekali tengok salah mentol..
Pergi balik kedai tu..
Mintak tukar..

Dia bagitau yang jenis ni kena tambah rm15.00
Aku okay jelah..
Suruh budak dia pasang terus..
Masa dia siap pasang tu..
Tengok lampu senja yang kecik tu pun dah padam..

Tukar sekali Rm5 sebijik
Ambil kiri kanan kenalah bayar rm10.00
Takpelah asalkan semuanya berfungsi..
Selesai pasang semua..
Menyala kesemua mentol..

Total semua termasuk upah pasang pad brake Rm133.00
Okaylah janji elok semuanya..

Taklah risau nak kemana mana dengan brake yang dah okay ni..
Malam pun dah jelas sikit..
Semoga dapatlah bertahan lebih setahun..

27 January 2026

Setel Loan Axia

Alhamdulillah
Selesai loan kereta Axia harini
Tak sangka
Boleh setel harini
Cuma licin semualah..

27 Jan 2026
Public Bank
Installment Rm302.00
5 Yr
Beli November 2023
Selesai Januari 2026

Balance harini
Rm17738.56
Full settlement
Rm15108.05
Rebat
Rm2630.51

Rasa macam satu kejayaan besar dalam hidup bila dapat setel loan awal..
Macam orang berjaya capai impian tu.
Lepas setel loan lepak pulak kat tepi pantai sepat.
Pehh
Lain macam rasa tenang jiwa ni..

Apapun bersyukur pada ilahi kerana bagi kemampuan ini.
Kemampuan jiwa
Kemampuan minda
Kemampuan hati
Kemampuan kewangan
Tanpa bantuan ilahi tak mampu aku nak buat zemua ini..
Alhamdulillah..

So, target seterusnya..
Macam biasa..
Buat dulu baru cerita..

Adius 
Semoga berjaya..
Good Luck..

Kasut Asics

Kasut yang duk pakai selalu tu cukup haul untuk tukaran yang baru.
Kasut tu dah lunyai sebab takde ganti yang lain. Hari hari duk pakai yang sama.

Buat kerja yang itulah
Joging yang itulah
Berjalan yang itulah
Tak dapat berehat dia.

Masa gi KL aritu aku dah beli jenama Nike kat mitsui.
Cuma kasut tu agak sempit kat bahagian depan.
Dah kebetulan kakak tiada kasut sukan.
Kasut dia abang ngah pakai.
Rosak pulak tu.
Dia kena berlari untuk minggu orientasi.

Aku bagi yang kasut nike tu.
Dia kata selesa je.
Bagi terus jelah..
Aku terpaksa cari yang lainlah pula.

Kebetulan semalam pergi al ihsan ecm kuantan.
Masuk dalam jap..
Tengok-tengok sambil perhati mana yang berkenan.
Jumpalah jenama asics ni
Sebelum ni aku pakai skechers..
memang sedap.
Sempat guna 2 tahun sebelum tercabut tapak..

Pastu pakai karrimor setahun.
Selesa jugak bila pakai karrimor ni.
Aku boleh kata kasut ni underrated..
Kasut sedap tapi kurang orang sebut..
Kurang orang pakai bila bab kasut..

Mungkin sebab karrimor ni lebih kepada jenama untuk bag hiking agaknya..

Kali ni nak try asics semula.
Dulu sebelum skechers memang pernah pakai asics ni.
Saja nak tukar tukar..
Tak cuba tak tau kan..
Kira nasib jugaklah bila nak mencuba ni..
Harap boleh bagi yang tetbaiklah dengan kasut ini..
Harganya RM275.00


Jam Swatch

Lama sangat dah aku duk mencari jam kedua.
Jam yang selalu pakai tu kebetulan pulak ada member pakai sebijik sama.
Mula rasa segan pulak nak pakai sebab sama.

Kebetulan kak dah bagi duit genuk dan meran bagi duit sewa.
Tak fikir panjang sangat dah.
Semalam je Ecm pas hantar abang ngah. Duk jalan sambil survey. 
Dapatlah jugak seketul jam swatch.

Ingat nak brand lain tak kena sangat dengan jiwa. Harga pun padu sangat.
Yang ni harga pun masih okay lagi.
Taklah overprice.

Warranty pun lifetime
Bateri bila bila boleh tukar percuma
Nak servis cermin calar pun percuma juga
Jenama pun okay 
Swiss made well known..

Harga Rm905

Semoga bertahan dengan jayanya.

25 January 2026

Abang Teh Pencen

15 Jan 2026
Khamis
Pencen dah abang teh
Umur 56 tahun
Pencen wajib dah tu

Menyesal katanya sebab pencen awal sangat.
Rasa masih bertenaga untuk bekerja lagi katanya.

17hb aabtu malam tu dia belanja semua orang ni kat lets smoke.
Uda sekeluarga
Sikin sekeluarga
Kome sekeluarga
Banyak juga habis tu.

Tapi yelah nak bagi semua orang merasa.
Kalau lambat nanti tak sempat merasa.
Maklumlah duit tidak bermata.
Panas sokmo ditangan ni.

Yang sebenarnya,
Bagus juga pencen awal ni.
Banyak masa dan tenaga yang kita boleh lakukan untuk buat apa yang kita suka.

Pencen dalam keadaan sihat
Nak travel boleh tiada siapa nak marah dah.
Nak berkebun boleh.
Nak berniaga boleh.
Apa sahaja lah yang minat boleh buat.

Buat jelah apa kita suka.
Yang utamanya kita sentiasa gembira.



Lets Smoke BBQ Lagi

24 Jan 2026
Sabtu malam
Belanja budak budak ni kat let smoke..

Rupanya dah setahun tak makan ramai² kat sini.
Last makan sekali dengan kak teh dan abang teh tahun lepas.
Sebab belanja diorang sempena kak de dapat sekolah asrama.

Tak sangka dah setahun.
Cepatnya masa berlalu.

Inipuna saja nak belanja sebab semua orang ada kat sini.
Baru ni pun hanya makan dengan dengan kak teh abang teh diorang belanja sebab dapat duit pencen.

Sekian sahaja nak cerita.

Setel Urusan Tanah Genuk Dan Rumah LKNP

Harini kak dah bagi balance tanah genuk.
Kiranya setellah semua bahagian yang aku punya.

Baru ni meran bagi baki sewa rumah LKNP
Setel jugak bahagian yang tertangguh selama ini.

Habis lah sudah bahagian aku.
Sekarang ni tinggal aku punya perancangan jelah .

Harap tahun ni dapat lah seleaaikan baki hutang yang ada..

Stay Fokus
Stay Konsisten..
Mudah mudahan berjaya..
Ameen.

Perginya KPPD Pekan Ke Negeri Abadi

Innalillahi Wainna IlaihibRojiun
23 Jan 2026
Telah pergi meninggalkan kita semua
KPPD Daerah Pekan
Pengerusi THAM
Penceramah Surau Al firdaus
Ustaz Nazli Bin Mahmud.

Tak sangka begitu cepat beliau pergi.
Last jumpa di majlis petkahwinan anak GB Umi

Memang nampak beliau tidak berapa sihat.
Sesungguhnya perancangan Allah swt adalah yang terbaik.

Semoga Roh beliau dicucuri rahmat oleh Nya.
Ameen.


21 January 2026

Dapat Lesen L

 Dah dapat lesen L dah kakak.

Sah selama 3 bulan sahaja.

Tengoklah macamana nak buat ni.

14 January 2026

Daftar Kakak Di Kuliah Lughah Waddin

14 Jan 2026

Rabu

Pergi daftar kakak masuk tingkatan 6 di Kuliah Sultan Abu Bakar, padang polo.

Aku ambil cuti CRK harini, supaya senang nak uruskan kakak sepanjang hari.

Bila dah sampai tu ramai pulak yang jumpa anak kawan lama. 

Masing duk tanya anak no berapa ni. Ada yang pertama, ada yang kedua, ada yang ketiga. Siap ndaftar, dengar taklimat jap oleh mudir dia, Ustaz lebai Idris. Pastu gi daftar masuk asrama, Gi makan kat ahla natrah, cari barang makan kat mydin jap. Hantar Kakak masuk balik asrama, aku pun balik rumah.

Petang tu, gi kuantan jap ambil spek mata wife, makan kat chicken rice Ecm. Balik rumah dah malam. Berehatlah jap.

Semoga dinudahkabn segala urusan aku dan semoga dipermudahkan urusan kakak di kuliah ni. 




Mintak Jauh 7 Jenis Kawan Macam Ni..