23 September 2025

Membaca Buku Itu Penting

 Kenapa membaca buku itu penting..

Tabiat membaca ini akan mengeluarkan kita daripada kejahilan. Pertama sekali maklumat secara amnya datang dari bentuk penulisan. Jika anda tidak membaca maka anda akan ketinggalan maklumat. Hanya zaman sekarang sahaja maklumat banyak datang dari sumber ilustrasi bergambar serta video bagi tujuan manusia itu mudah faham dan cepat mendapat maklumat.

 Pada aku tabiat membaca ini adalah anugerah yang tak ternilai, Jika anda menerima anugerah ini maka hargailah ia. Dan berterima kasihlah kepada tuhan anda. Dengan tabiat ini anda bukan hanya dapat membuang kegelapan dan kejahilan yang  ada pada setiap orang tapi ia akan meningkatkan nilai dan maruah diri anda.

 Dsisini aku nak share sikit perkongsian blog dari En zulkifli shafie-Aku ni follower dia lepas baca buku misi bebas hutang dan wang emas, serta follow life dia yang kena penjara selama 2 tahun hanya kerana membantu sahabatnya ketiadaan wang.

========================================================================

Golongan Membaca Lebih Berkuasa

Mungkin inilah satu sebabnya kenapa keturunan firaun memerintah Mesir selama 3,000 tahun! Mereka yang membaca (berilmu) akan lebih kaya dan akan 'menguasai' golongan yang tak membaca dengan mudah. 

Jadi kalau nak kaya dan berkuasa, kita tak ada pilihan lain. Kena membaca. Jadikan membaca sebagai budaya.

Cuma apa yang setiap kita kena ingat, baca buku tak semestinya kena baca sampai khatam. Fokus kita baca buku untuk PENINGKATAN DIRI dalam beberapa aspek kehidupan kita, bukan untuk jawab exam.

Ada buku yang kena baca sekarang. Ada buku yang kena baca kemudian. Dan ada buku kita jadikan rujukan bila ada apa-apa persoalan yang perlukan jawapan.

Cara Baca Buku Berkesan

Tabiat saya, bila dapat buku baru, ini yang akan saya buat:

  1. Baca cover depan dan belakang. Dari situ kita akan faham apa yang nak disampaikan dalam buku tersebut, dan menilai samada buku tu relevan untuk saya ataupun tidak. Kalau relevan, saya teruskan bacaan. Kalau tak relevan, saya tinggalkan terus...
  2. Baca "table of content" (senarai kandungan). Dari situ, kita akan nampak lebih jelas topik yang akan dibincangkan dalam buku tersebut. Saya akan cari topik yang menarik minat saya untuk tahu dan faham.
  3. Baca "sub-topic" - Kita akan lebih zoom in untuk dapat tahu lebih mendalam topik perbincangan. Supaya mudah pilih topic mana yang utama untuk saya baca dan faham.
  4. Pilih bahagian yang mahu di baca. Pada tahap ini, saya akan buat keputusan, adakah buku tu saya perlu baca sekarang, atau baca kemudian, atau cuma fokus baca dan fahamkan beberapa topik sahaja dulu. Yang lain tu saya baca kemudian, atau jadikan sebagai rujukan bila perlu.
  5. Skip topik yang bukan keutamaan untuk baca sekarang, atau tutup buku dan baca buku seterusnya.
========================================================================
CNP= #BlogBeliauJustUntukReferSenangNakBacaNanti.
Ini rak buku aku..
Tidak terurus..
Rumah kecil..
Ruang sempit..

21 September 2025

Senaman Orang Sibuk

Walau bagaimana sibuk sekalipun..
Jangan tinggal senaman ini setiap hari..
Kena pandai curi masa..
Selitlah kat mana pun..
Janji buat..

How Discipline Works


This is discipline..
No matter how hard it is ..
Just do it..
Dont think twice..
Keep on going..
Keep moving..

20 September 2025

Pertunangan Nazif Trip Ke Terengganu

Alhamdulillah
Trip 18-19 September 2025.
Kalini aku pergi ke Kuala Terengganu pulak.
Sambil bercuti sambil nak pergi merisik dan meminang.
Aku sefamily bersama kak Teh, aimin, sikin, lisa dan Noah.
Ambil Homestay guna AirBNB. Homestay 3Z, Kuala Nerus, Gong Badak dekat area airport.
1hari 1malam je.
Rm277.00 all in. 
Ikut jalan pantai. Singgah makan kat kedai tepi jalan area sungai ular. Pastu singgah jap kat pantai kemasik. Tidur jap dalam kereta, sebab malam sebelum tu aku tak dapat tidur sampai pagi. Dalam perjalanan singgah kat area marang kedai keropok 188 tepi jalan. 
Ktaorang terus ke homestay, sampai dalam kul 330 petang. Aku berehat tidur kejap.. petang tu keluar ke kuala terengganu. Melepak kat drawbridge. Bergambar sebab lama tak datang. Last datang tahun 2023 sebelum ktcc buka sepenuhnya. 
Lama duk melepak sini sampai maghrib. Lepas tu terus ke mayang mall. Pertama kali masuk besar jugak mayang mall ni. Untunglah warga kuala terengganu senang nak shopping dah tak perlu ke KL. Sogo pun ada sini memang best kalau nak membeli belah. Kitorang melepak sampai jam 9. Pastu kelaparan terpaksa cari makan. Dalam perjalanan balik jumpa kedai montana seafood sebelah petronas. Makan jelah kat situ okay je masakannya. Boleh kata makan kat mana-mana kedai memang tak mengecewakanlah. Balik rumah dah jam 1030
Rehat jap terus tidur.
 Esoknya hari jumaat. Keluar rumah siap-siap pakai baju batik untuk majlis pertunangan nazif  Kitorang pergi makan dulu kat kedai tepi homestay je. Dah tengahari tu ke Kuala Terengganu dulu sebab nak tunggu majlis kul 3 lambat lagi. Cari tempat nak berehat, terus masuk KTCC Mall tapi tiada orang. Rupanya guard tu tak bagi masuk. Kerana pemerintah tidak membenarkan kedai dibuka jam 1230 hingga 230 petang. Jadi kami tak dapat masuk mall tu. Terpaksalah patah balik cari masjid, untuk solat jumaat. Parking kat area pasar payang, terus solat jumaat kat masjid Abidin, masjid Negeri kuala terengganu.
Lepas solat nazif call dia dah sampai kat KT. Dia bagi location aku terus gerak cari dia.
 Dah jumpa diorang semua tu, kitorang tunggu jam 3 baru gerak ke tempat rumah pihak perempuan di kg manir. Kitorang ramai jugak yang datang dalam 6 buah kereta. Berdebar jugak aku sebab kena jadi jurucakap bagi pihak lelaki hari tu. Malam sebelum tu aku dah siap buat due dilligence dulu pasal nak jasi jurucakap ni. Mujurlah ada youtuber yang sudi berkongsi kisah diorang.
Sekejap je rupanya, mujurlah tiada pantun bagai. Terus lurus pada poin yang nak disampaikan. Dah siap betgambar tu makan-makan jap. Keluarga kak dah dan rosdi terus ke tumpat sebab esoknya diorang ada majlis sambut menantu pula. Keluarga kak mah berjalan dulu, kami pun masuk semula ke Kt sebab nak masuk jugak KTCC tu. Puas berjalan dalam mall tu sama je macam mall lainnya. Kitorang gerak balik keluar dari mall jam 7 petang. Balik ikut exit telemung highway pantai timur. Tersesat masuk ke kampung manir semula, sebab dia tulis kuantan-marang, rupanya depan lagi baru ada exit highway pantai timur. Takut sangat terlajak sampai kelantan itu yang exit awal. Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah jam 11 malam.
Sekian perkongsian cerita kali ini..

Perkahwinan Sarah

Alhamdulillah 
Cuti baru² ni terlalu sibuk dengan program.
Awal cuti aku terlibat dengan KAFOA Karnival Fitrah Orang Asli pada 11,12 dan 13 Sept. Sebagai ajk buletin peringkat kebangsaan. Merangkap fotografer rasmi untuk majlis ni.
Ini team yang terlibat, hanya nazri tiada kerana adahal. Bekerja sampai hari sabtu cuti.. 
 Esoknya balik kampung jumpa orang tua. Kebwtulan joko ada datang hantar duit. Alang-alang ambik duit sawit terus. Okaylah juga buat tampung belanja hujung bulan. Duduk di kampung ni tiada ativiti sangat jadi bolehlah melepak seharian. Petangnya belanja diorang makan kat kedai kampung. 
 Isnin pagi tu terus gerak balik, sebab kakak dah habis perkampungan. Pas ambil kakak hantar dia balik rumah. Kepenatan katanya sebab 3 hari berkampung untuk seminar spm.. 
 Dah siap hantar kami terus bergerak ke rumah kak dah di kotasas. Diorang ajak makan tengahari. Kebetulan mak cu amy ada balik dari johor. Melepaklah kami sambil makan-makan di rumah kak dahsambil berborak sebab lama tak berjumpa. Dah nak maghrib tu singgah sekejap homestay amy kat kampung selamat. Tunggu Nazif datang nak bincang hal pertunangan dia. Kul 9 lebih baru balik pekan.
 Pagi esoknya kul 830 gerak ke CMI Hall kampung padang lalang tempat perkahwinan sarah. Jadi videographer official hari tu... tunggu sampai habis majlis kul 430 baru siap semua..
Jumpa pulak geng belajar di majlis ni. Habis semua sedara mara datang. 
Bergambar dengan pengantin.. Tahniah pada sarah atas perkahwinan dengan jejaka pilihan dari tumpat kelantan..
 Balik pada majlis ke secret recipe dulu..makan sekejap.. singgah smo pulak kak de nak cari buku.. pastu baru balik pekan.. 
Peh.. penat tapi selesailah semua. Majlis pun berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah..

Disiplin

 

Cara Melatih Diri Jadi Disiplin

  1. Tetapkan matlamat yang jelas

    • Jangan terlalu umum macam “nak jadi rajin”.

    • Pecahkan jadi spesifik: “Bangun jam 5:30 pagi setiap hari untuk solat dan membaca 2 muka surat buku.”

  2. Mulakan dengan perkara kecil

    • Jangan terus nak ubah semua tabiat sekali gus.

    • Contoh: mula dengan kemas katil setiap pagi, atau habiskan satu tugasan sebelum buka media sosial.

  3. Guna kaedah rutin & jadual

    • Buat jadual harian (contoh: guna teknik Pomodoro, atau blok masa).

    • Bila ada rutin, otak tak perlu fikir banyak kali — automatik jadi habit.

  4. Disiplinkan diri melalui persekitaran

    • Elak godaan: kalau nak fokus belajar, letak telefon jauh.

    • Jika nak makan sihat, jangan simpan junk food dekat rumah.

  5. Gunakan “hukuman” & “ganjaran”

    • Ganjaran: kalau berjaya ikut rutin seminggu, belanja diri dengan sesuatu kecil.

    • Hukuman: kalau gagal, kurangkan sesuatu yang anda suka (contoh, potong masa hiburan).

  6. Cari accountability partner

    • Kawan, pasangan, atau mentor yang boleh pantau dan tegur bila anda lalai.

  7. Tegas dengan diri sendiri

    • Jangan tunggu “mood” atau semangat. Disiplin = buat walaupun tak rasa nak buat.

  8. Istiqamah & sabar

    • Kalau tersasar, jangan terus rasa gagal. Betulkan semula ke landasan dan teruskan.


📌 Tips kecil:

  • Mulakan hari dengan perkara paling penting (win the morning).

  • Tuliskan progress anda (checklist harian).

  • Disiplin akan jadi lebih mudah bila anda nampak hasilnya (contoh: badan lebih sihat, kerja lebih teratur, hati lebih tenang).


#TipsDariChatGPT

12 September 2025

Muhasabah

Silap Yang Buat Aku Rasa Menyesal, Tolong Jangan Ulang

Beberapa bulan lepas aku buat silap. Dan aku menyesal. Aku tulis ni bukan sebab nak tunjuk lemah, tapi aku tak nak kau ulang silap yang sama.

Kalau kau tengah struggle sekarang, mungkin kau tengah buat 1 dari 3 benda ni:

1. Tak Susun Jadual Harian

Aku ingat aku sibuk. Tapi bila aku audit balik hari-hari aku, sebenarnya aku sibuk dengan benda tak penting.
Scroll, tukar design, meeting kosong, adjust sana-sini, tapi kerja sebenar tak jalan.

Sekarang aku sedar:

Tanpa struktur, semua benda rasa penting. Tapi takde satu pun siap.

2. Tunggu Sempurna Baru Mula

Ini paling bahaya. Aku fikir nak buat betul-betul, nak tunggu team cukup, sistem siap, video perfect, produk top. Tapi bila tunggu semua tu, masa berlalu. Duit pun tak masuk.

Patutnya boleh mula dengan seminima yang boleh. Biar buruk, asal bergerak. Tugas aku sediakan Minimum Viable Product je, bukan cari kesempurnaan.

3. Speed Progress Slow

Aku terlalu chill. Takde sense of urgency.
Dalam hati ada cita-cita besar. Tapi tindakan tak selaju mulut.

Kau tak akan ke mana kalau laju fikir tapi lembap bertindak.

4. Overthinking Semua Benda

Buat konten fikir 3 hari. Padahal post pun belum.
Buat product plan ubah 8 kali. Tapi tak test pun kat market.

5. Kurang Self-Audit & Review

Tak tengok balik apa result minggu lepas, tak tahu apa yang tak jadi. Kau ulang je benda sama, tapi harap result berubah. Mustahil lah boss.

6. Tak Jaga Mental & Fizikal

Bangun lambat, makan tak jaga, tidur tak cukup.
Emosi pun jadi tak stabil. Dan bila minda kau kabur, semua benda pun jadi berat.

Sekarang Aku MESTI UBAH! . Kau Kena Ubah Juga.

- Aku dah mula susun waktu — jam berapa kerja, jam berapa rehat.
- Aku tak tunggu sempurna — asal boleh jalan, aku jalan.
- Aku buat lebih dari fikir.
- Aku reflect tiap minggu — apa jalan, apa tak.
- Aku cut benda tak penting. Fokus 3 benda: Marketing, Sales, Delivery. Cari partner yang boleh collaboration 

Jangan tunggu burnout baru nak ubah.
Kalau kau baca ni, anggap ni wake up call.

Berhenti cari alasan. Mula cari jalan.

03 September 2025

Bangun Awal..

Apa yang payah dalam hidup seharian kita...
Bangun awal..
Nak bangun awal kena tidur awal..
Buat apa bangun awal...
Inilah sebabnya..

So..
Jom kita bangun awal..
Try rutin pagi pula..
Tengok macamana..

01 September 2025

Affiliate Tik Tok

Alhamdulillah...
Semalam 31 Ogos aku baru start join affiliate tik tok...
Saja nak masuk trend..
Orang kata mana tau ada rezeki...

Mula terjumpa kat podcast merentan studio..
Hostnya md nor dan guestnya kak belle..
Layan punya layan..
Menarik jugak kontennya..
Kira macam teracun jugaklah..

Pastu aku perasan ada buku affiliate atas meja..
The Art Of Affiliate Marketing
By Kionz.C
Lama dah beli tapi tak baca lagi..
Apalagi..
Pastu terus buka dan baca...


Bersemangat terus nak buat konten...
Terus daftar akaun tik tok affiliate..
Pas siap daftar tu..
Baca buku tu lagi..
Tak boleh tidur aku malam tu..
Duk teringat akan hal ni...

Pagi esok pas subuh..
Sambung lagi baca buku..
Kasi cargas...
Kul 8 siap satu vtt pendek..
Pastu buat vtt extra virgin olive oil..
Buat lagi vtt pergi briskwalk kat umpsa...

Cargas betul semalam...
Sehari siap 5 video..
Cuma harapnya nak konsisten cari follower..
Sekarng ni Follower aku baru 119 orang sahaja...

Pada korang yang terjumpa blog ni..
Moh support aku punya tik tok..
Yonas...

Okaylah semoga aku terus konsisten...
Bye..

Membaca Buku Itu Penting

 Kenapa membaca buku itu penting.. Tabiat membaca ini akan mengeluarkan kita daripada kejahilan. Pertama sekali maklumat secara amnya datang...