Trip Cyberjaya
15,16 dan 17 Disember 2022
3 H 2 M
========================================================
Alhamdulillah baru sahaja selesai bercuti di cyberjaya.
Kat sini aku nak share dan simpan tentang perjalanan kami ke cyberjaya. Kalau ikutkan tak lah best sangat percutian kali ni sebab rasa biasa2 aje. Mungkin tak banyak tempat pergi agaknya.
Kali ni kitorang menginap di Gardenview Residence Cyberjaya, apartment 3 bilik 2 bilik air. Rumah sangat okay bilik semua aircond, wifi ada, Tv pun okay siap semuanya berfungsi dengan baik.
Rumah tingkat 7, cuma yang kecewa adalah poolnya xdapat guna sebab kena selenggara. Ini memang sangat mengecewakan kami terutama budak2 yang dah berangan dari rumah nak mandi kolam.
Kitorang sampai kat Gardenview ni lebih kurang kul 4.00 petang. Kali ni bersama kitorang kakak dan ipar sekali maknanya 3 family lah bercuti sekali.
Hari pertama
Taman tasik cyberjaya, kat sini kali kedua dah aku datang bercuti.. best jugaklah sebab ada scooter tryke untuk main kat sini. duduk tak lama sangat sebab dah lewat sangat sampai. Lebih kurang 40minit pastu terus ke IOI Mall putrajaya sebab nak cari makan. Sampai IOI Mall cari makan jap kat food station dia kira okay jugaklah banyak kedai makan yang kita boleh pilih. Aku makan nasik ayam je senang nak order, Jalan2 dalam mall pastu kul 10.00 kitorang gerak balik.
Hari Kedua
Pagi tu gerak lewat sikit, al maklumlah bila dah ramai2 ni.. kul 10 pagi baru keluar pergi ke Mall De Pulze Cyberjaya makan nasi ayam Chicken Rice Food. Pastu round tengok kat Decathlon menarik jugak decathlon sini sebab banyak barang. Sempatlah jugak membeli googol renang dan jam tangan renang budak kat sini. Pastu Gerak ke Paradigm Mall agak jauh juga perjalanannya dari Cyberjaya tu. Lebih kurang 40 minit. Kat situ memang kitorang plan nak tengok taman tema Escape Park yang banyak orang share kat youtube.
Alang2 dah sampai budak2 ni kena suruh main sekali lah... pada aku memang agak adventure escape park ni. Keselamatan pun nampak terjamin sebab ada instruktor yang jaga. Tiket boleh tahan jugak harganya. Kanak2 bawah 12 tahun dalam rm68.00 kalau budak atas 12 tahun hingga dewasa harganya RM103.00 korang boleh tempah atau beli online kat situ. Ada penjaga kaunter akan ajar bagaimana nak beli tiket.
Kitorang duduk situ sampai kul 6.30 petang... dah puas budak ni main kitorang decide nak balik sebab ada budak kecik2 yang dah penat seharian berjalan. Patah balik singgah di Kedai makan sekitar cyberjaya tu. Makan malam jap terus balik ke rumah.
Hari Ketiga
Pagi tu tiada aktiviti pun cuma lepak kat bilik. Makan pun apa yg ada sahaja yang dibeli di Seven Eleven jajan dan roti untuk alas perut. Kemas2 rumah kul 11.00 kitorang pun checkout. Terus menuju ke Putrajaya nak ambik Mak cik sebab dia nak tumpang balik sekali. Makan tengahari dan solat jamak taqdim terus kat rumah anak dia pastu baru bergerak pulang. Sampai ke Kuantan sekitar jam 7.00 malam. Terpaksa balik awal sebab malam tu ada grading pula..
Alhamdulillah semua selesai trip kali ini. Biarpun biasa2 aje tapi boleh lah untuk merehatkan minda ini.
Terima Kasih kerana sudi membaca coretan ini.