22 March 2026

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

 Kullu sanah wa antum toyyibin..


Selamat Hari raya Aidil Fitri..

21 Mac 2026

Sabtu

Maaf Zahir Dan Batin


Pagi raya tahun ni diorang mintak aku jadi khatib..

Pastu berborak sekejap kat kantin sambil makan satay sikit..

Balik rumah terus gerak ke rumah sikin..

Berkumpul di situ..

Fotografi sekejap..


Pastu gerak ke kubur tok tuan..

sambil drive diorang buat video call..

sampailah ke kubur..

..

Bertahlil 

Kemudian jumpa dengan nizam dan mak teh kat situ..

siap ke kubur depan tu..


kami terus ke kedai along..

Gi makan nasi..

pastu balik solat dan ke kubur arwah abang kat kempadang..

Dah selesai..


Gi minum kat zuss coffee

sebelah secret recipe..

lepak kat maghrib baru balik rumah..

singgah rumah sikin makan malam pulak..


pastu sambung ke rumah kak mah..

selesai lah raya pertama..

Alhamdulillah raya pertama tahun ni..







18 March 2026

Berbuka puasa di Santai

Semalam balik ambik budak ni dari asrama..
terus ke klinik ima dental .
Tempat kakak buat braces..

pastu
Pergi tempah tempat berbuka..
kalini cuba d santai restoran..
 booking dalam kul 5

menunya 
nasi putih 6 orang
air laici 1 jug 5 untuk orang
air teh 3 layer satu
kailan ikan masin 1 orang
ayam goreng cincang
udang butter 6 pcs
sup ayam
ikan aji² bakar
sotong celup tepung
sotong goreng kunyit..
Total Rm206.80

mulanya terkejut jugak aku..
macam overprice pulak .
mahal weh .
takpelah . 
kita yang makan kitalah yang bayar..

cuma next time tak repeat dahlah..
budget seratus lebih sikit biasalah .
takpelah yang penting memori tu bersama
dengan family .




Pasang CCTV

Harini Azrul datang rumah nak pasang cctv..
dah janji dari hari isnin lagi..
Belinya dari tahun lepas lagi kat lowyatt..
cuma nak pasang tu kena cari siapa yang boleh buat..

setakat banyak orang yang berurusan ni..
si azrul yang kena dengan aku .

dia tebuk dari dalam..
buat socket plug dari luar..
ikutlah janji boleh pakai .

Total siap pasang
Rm80.00

okaylah tak mahal sangat.  
semoga dipermudahkan ..

Aircond Alza Buat Hal .

Semalam 17/03/2026
Aircond alza ni buat hal plak..
tiba- tiba tak sejuk..
keluar angin je..
musim panas macam ni dia buat tak sejuk..
Rasa baru aje isi gas .
ini kali ketiga dia buat hal ..

tak daya rasanya..
terus pergi ke kautsar aircond..
tanya dulu kenapa..
dia kata mungkin paip gas bocor..

kalau nak tukar kena tinggal kereta..
takpelah aku tinggal dari pagi..
cuma bagitau nak ambil dalam kul 2..

kul 11 macam tu dia call kena tukar paip, valve, flushing dan isi gas...
aku tanya berapa costing..
semua dalam rm6++
Nak tak nak memang kena buat jugak..
Aku okay jelah..

kul 1.30 dia bagitau kereta dah siap..
dalam kul 2 aku datang .
nak kena bayar .
Total Rm 598.00

Boleh tahan harganya .
Takpelah asalkan siap dan tak buat hal .

Semoga dipermudahkan...

Tukar Tayar Kereta Alza

Harini gi kedai azan tayar ketapang .
tukar 2 biji tayar belakang..
last tukar 2022..
aku rasa dah lama sangat tu..

yang depan baru tukar 2025..
kira bunga masih okay .
kalau tengok luar nampak macam okay je lagi .
cuma sebab raya..
aku nak jalan jauh sikit..
eloklah tukar tayar belakang tu..

yang depan hantar belakang .
yang belakang bawa ke depan tapi tukar yang baru..

harga sebijik Rm190
2 Biji .
Brand Handcook
saiz 14
205/55/14
lubang angin rm5x2
Allignment rm25
Total: Rm415.00

Harap tahan lamalah..

16 March 2026

Tukar Minyak Hitam Axia Dan Belting

Harini ada kesenpatan nak ke bengkel kereta..
dah lebih 4K odo meternya..
tak sempat sokmo nak pergi tukar minyak hitam..

Kalau ikut KM kereta ni 
dah sampai 161102Km
Sepatunya 157514 Km dah kena tukar
minyak hitam..

Guna minyak hitam 
Seiki Motor Oil
Fully Synthtic
0W-20
Oil Filter

Aku pun tak tau mana satu brand yang bagus..
ikut jelah..
Harap okay je pakai minyak hitam jenis ni..

Alang-alang aku tukar minyak hitam dibengkel ni..
Terus buat sekali tukar belting aircond..
dah nak berbunyi-bunyi masa bawak
kat enjin tu..

Tambah sekali dengan coolant..
Sebab dah kurang sangat..
Total Rm263.00


Coolant

Minda CEO

SCAM Paling Besat Adalah Motivasi

"scam yang paling besar ialah motivasi"

Inilah yang saya konsisten dengar dari mana-mana taikun. Mereka sering sebut kepada saya mereka semua tak pernah ada motivasi. Yang mereka ada hanya disiplin.

Bangun seawal 4pagi setiap hari. Malah ada yang bukan muslim juga berbuat benda sama. Sekitar 2 bulan lalu saya dapat jumpa anak seorang taikun terkenal di Malaysia, beliau juga merupakan usahawan hebat yang mempunyai jaringan kedai lebih 300 cawangan seluruh Malaysia. 

Saya bertanya kepada beliau apa rahsia beliau berusaha, sebab beliau anak TS tersebut ke?

Beliau jawab "kami keluarga yang bermula dari bawah, jadi ayah pun suruh mula dari bawah, saya kena bangun 4 pagi setiap hari, ayah suruh baca buku, tulis apa kita baca dalam 1 muka surat, ayah akan tengok setiap hari, tak buat kena rotan tapak kaki, lepas itu ayah suruh buat kira-kira 1 jam, biasa ada 20 soalan. 1 soalan dia suruh siapkan 2-3 minit saja. Itu disiplin dari kecil sampai umur 12 tahun. Umur 13 tahun dah belajar sikit-sikit kira-kira akaun."

Jawapannya adalah disiplin. 

Saya ingat saya pernah tanya Datuk Ameer Mydin, apa yang buat dato hebat sampai sekarang?

Dato cakap "disiplinlah, u nak pandai berniaga, u kena ada disiplin, kalau tak ada disiplin, u pandai berniaga macam mana pun u takkan ada hasil konsisten. Disiplin akan buat u konsisten, motivasi semua tu semua scam untuk otak u".

Juga saya pernah jumpa Tun M, saya tanya Tun kenapa Tun masih konsisten membaca, konsisten menulis, konsisten masuk politik, konsisten melawan sana sini (haha beliau ketawa sama),

Tun jawab "inilah disiplin. Kalau tak ada disiplin, kita nak pergi mana pun tak tahu, kita tak ada destinasi, kita tak ada tujuan. Disiplin buat kita ada matlamat, dengan disiplin kita tahu apa kita akan dapat. Itulah disiplin. no need motivasi ke semangat ke, motivasi, semangat bolehlah sikit-sikit, tapi disiplin, wajib".

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Buat saja, disiplin kena jaga. Bismillah. 
Gambar lama bersama Dato Ameer Mydin semasa masih supply biskut ke 46 cawangan Mydin tahun 2022.

Sumber
FB
KHM
#SimpananSupayaTakLupa

15 March 2026

#5. Umrah Lagi

 Kali ini berkenaan dengan umrah ni..

Terpaksa di tunda kerana masalah krisis peperangan di timur tengah..

Ruang udara qatar belum dibuka untuk penerbangan awam..

Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu..


last minit baru dapat tahu..

kena tukar plan pulak..

Kena pergi cari baju raya..

kuih raya..

duit raya..

Ayam daging kena lah ready...

Mercun raya jugak..


Cuma sekadar sempat jelah untuk persiapan kali ini..

Ingatkan raya di Mekah dah..


Tunda sehingga bulan Disember nanti..

Kesian budak budak ni dah excited sangat nak pergi umrah..

Takpelah sabarlah sedikit..


Semoga dimudahkan segala urusan aku kali ini...

Ameen..


08 March 2026

Undang Undang Lelaki

RULES FOR MEN:

Go to the gym,
Even if you’re tired.

Start that business,
Even if you’re poor.

Invest in education,
Even if you’re broke.

Approach that girl,
Even if you’re shy.

Do that work,
Even if you’re unmotivated.

You're a man

Find a way to get things done,
Sumber FB

07 March 2026

#4 Umrah- Bayar Duit Visa dan Hotel Madinah

 Harini kena bayar duit hotel madinah..

Sekepala Rm310 duduk selama 5 hari..

Total 6 orang Rm2100


Nama hotel pun tak tahu lah apa..

Bayar je dulu..


Untuk duit Visa dah setel setiap sorang kena Rm530

Total kena RM 3,180

setakat ni kos untuk buat umrah ni dah 24K

tak masuk hotel mekah duit belanja tambang sana dan makan..

#3 Umrah- Gambar Visa

 Harini gi buat gambar 4 keping untuk dibawa umrah..

Kalau ikutkan tak mintak tapi untuk keselamatan.. 

Die bagitau supaya standby untuk 4 keping gambar..


Dari kampung terus aku kekedai konica bandar..

buat gambar..

Dia charge untuk 4 pcs gambar RM15.00 

jadinya aku ber empat orang darab sahajalah dengan 6 orang..

Total Rm90.00


Kalau ikutkan aku nak print sendiri je..

tapi masa inilah printer pulak rosak..

hantar ke kuantan..

acer highpoint..


dah hantar hari khamis baru ni..

tapi belum siap lagi..

Glossy paper pun dah beli..

Tapi dah lama sangat..

Masa pun sangat singkat nak tunggu..

Bayar jelah..


harap dipermudahkan urusan umrah ni..

Isi Borang Cukai

 Khamis 5 hb mac

aku dah isi borang cukai ni..

Saja nak isi awal sikit.


kalau ikutkan dia dah boleh isi pada 1 mac..

tapi trafik teruk sampai jem tak boleh buka..

Bila dah reda orang isi barulah aku cuba isi..


Kali ni tak banyak pun aku klaim..

Tak sampai 2K ..

Kalau iku potongan dia kat aku lebih 5K..

Kira aku ni penyumbang besarlah pada ekonomi negara..


Untuk wife aku pun lagi sikit tak sampai 1K pun klaim..

Bayar cukai nya dalam 4K lebih setahun...


Takpelah dapat juga nak buat belanja gi umrah kali ni.

Harap dapat cepatlah sikit..

03 March 2026

Amerekka serang Ierran

 Sekarang ni sibuk pulak dah amerekka dan isrl gi letup bandar tehheran..

serangan pertama hari sabtu 28 feb..


Mengakibatkan kematian pemimpin tertinggi ierran.. Ayatuloh Khomenei..

huru hara dah keadaan di timur tengah..


Tak tahulah bahawa nak pergi umrah ni macamana..

Harap semuanya dipermudahkan..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

 Kullu sanah wa antum toyyibin.. Selamat Hari raya Aidil Fitri.. 21 Mac 2026 Sabtu Maaf Zahir Dan Batin Pagi raya tahun ni diorang mintak ak...