Dah dapat lesen L dah kakak.
Sah selama 3 bulan sahaja.
Tengoklah macamana nak buat ni.
Blog ini perkongsian kisah Pembacaan, Pengembaraan, Kewangan, Pelaburan, Kesihatan, Motivasi, Memancing,Komputer, Automotif, Fotografi, Videografi dan lain-lain.. -Based On My True Story-
14 Jan 2026
Rabu
Pergi daftar kakak masuk tingkatan 6 di Kuliah Sultan Abu Bakar, padang polo.
Aku ambil cuti CRK harini, supaya senang nak uruskan kakak sepanjang hari.
Bila dah sampai tu ramai pulak yang jumpa anak kawan lama.
Masing duk tanya anak no berapa ni. Ada yang pertama, ada yang kedua, ada yang ketiga. Siap ndaftar, dengar taklimat jap oleh mudir dia, Ustaz lebai Idris. Pastu gi daftar masuk asrama, Gi makan kat ahla natrah, cari barang makan kat mydin jap. Hantar Kakak masuk balik asrama, aku pun balik rumah.
Petang tu, gi kuantan jap ambil spek mata wife, makan kat chicken rice Ecm. Balik rumah dah malam. Berehatlah jap.
Semoga dinudahkabn segala urusan aku dan semoga dipermudahkan urusan kakak di kuliah ni.
10 Jan 2026
Sabtu
10 pagi
Harini kakak ada ujian lesen L di Myeg.
Sementara menunggu dia ujian aku lepak makan pagi di keretapi muzium.
Untuk ujian L kakak..
Soalan semuanya 70 soalan. Dan kakak Dapat 62/70, lulus ujian kali ini.
Boleh tahan jugak katanya soalan agak mengelirukan.
Nasib baiklah lulus. Ada jugak yang tak lulus tadi. Lepas ambil ujian, keputusannya kena hantar ke pusat latihan memandu di ketapang. Untuk diorang nak proses lesen L.
Pas ni tunggu L siap, kemudian barulah boleh ambil ujian P02 pula ( Litar), kalau dah okay ambil P03 ( Ujian jalan raya ).
Semoga dipermudahkan urusan ini.
Kewangan Peribadi.
Kejayaan kewangan dalam hidup kalau ikut pada aku punya pengalaman, adalah kemampuan kita mengawal diri dari membeli sesuatu yang bukan keperluan. Hari ini kita membeli sesuatu kerana rasa menarik dan rasa best bila kena promote.
Terlalu banyak produk dan iklan yang lalu di fb wall kita dan juga tik tok kita.
Banyak barang yang kita beli sebab rasa macam perlu. Sebenarnya boleh je lagi kita tahan dulu keinginan tu dari membeli. Bila kita banyak membeli, itu bermakna kewangan kita akan semakin berkurang.
Adakah kita tak boleh membeli?
Bukan tak boleh membeli, tapi kita kena simpan dulu barulah membeli.
Contoh kalau nak beli ipad yang berharga RM2500, kita kena simpan dulu selama beberapa bulan baru kita beli. Jangan nampak terus beli pastu kata kononnya bila lagi.
Supaya aliran tunai kita setiap bulan tidak terganggu.
Kemudian bajet kewangan kena jaga betul-betul. Mesti rekodkan setiap perbelanjaan harian kita supaya kita dapat anggaran kasar berapa jumlah penggunaan sebenar yang kita perlukan untuk hidup.
Aku rasa kaedah yang paling berkesan adalah menulis setiap sen perbelanjaan harian kita. Memang leceh, tapi sangat efektif bila kita menggunakan kaedah ini.
Kita kena ingat, wang hari ini adalah bukan wang sebenar. Wang hari ini adalah perakaunan. Yang berbentuk nombor. Jika kita master bab ini, ilmu kira-kira yang simple sahaja tak perlu terlalu ilmu matematik yang tinggi pun sudah boleh.
Rekod tulis simpan. Cukup bulan kira balik kemudian cuba setiap pusingan gaji berapa sebenarnya yang kita perlukan. Di mana kita boleh selamatkan, kita cubalah selamatkan. Kalau perlu potong netflix buat terus supaya perbelanjaan kita dalam keadaan selamat.
Selepas sekian lama tak berjoging harini aku pergi joging ramai-ramai, sekali dengan lisa pun ada..
Joging kali ini dekat UmPSA, Aktiviti ini sepatutnya dilakukan seminggu 3 kali, tapi kena ikut kemampuan. Nak dapt sekali sebulan pun dah mujur sangat. Aku suka joging kat umpsa ni sebab tempat dia nyaman betul.
Tak serabut, student dia pun tak ramai. Harini kat upmsa ni ada pekan sari. Tak perasan pulak hari isnin ada pekan sari.
Ada masa sekali kena jugak pergi try kat situ tengok apa yang ada.
Tasik umpsa ni keluasan dia dalam 1.5KM satu pusingan. Bolehlah untuk keluarkan peluh sikit-sikit tu.
Ahad
4 Januari 2026
Kursus latihan memandu kereta dan motor kakak, di pusat latihan memandu ketapang. start kul 8.00 pagi sampai jam 330 petang.
Ramai jugak katanya kawan2 kelas dia yang ada sekali ambil lesen memandu ni. Harap dia boleh lulus sekali jelah ambil latihan ni. Kos dia pun boleh tahan jugak sekarang ni. Untuk ambil L motor dan kereta kena bayar RM800.
Jika gagal kena ulang semula, akan ada tambahan bayaran lain pula. masa lagi nak kena fikir serta kos lain juga meningkat.
Ujiannya pula pada 10hb sabtu akan datang.
Semalam pas hantar kakak pagi hari buat lesen memandu, ada jemputan kenduri menyambut menantu rumah kak lela. ikutkan aku segan jugak nak pergi tapi dah orang mengajak tak sedap pulak tak pergi. ramai pulak yang jumpa semalam dengan gb rusmina sekali pun ada jugak.
Lepas siap makan kenduri terus pergi ambil kakak kat ketapang. Petang tu, kak teh ajak gi makan kat area kuantan, pergilah sekejap melayan diorang kat kuantan. Nak cari tempat yang sedap cubalah gi ke java flava, bukit sekilau. harga agak pricey sikit, tapi masakannya sedap. Saja nak test jugak sebab kata dak sala tempat ni sedap big breakfastnya.
bayar untuk 6 orang makan dalam rm195. Cuma parking je agak jauh sikit sebab susah nak dapt parking ramai sangat orang kawsan kecil je.
pastu lepak kat kawasan menara 188, benteng. Ramai orang malam-malam kawasan ni. Bawa keluarga bersama, layan budak ni naik basikal lepak2 jap. terus balik rumah. lagipun esoknya Ngah min nak balik KL awla pagi dan Abang Teh pun nak kerja.
Selesai je urusan polis datang ambil jenazah arwah mak cik eton aku pun bergegas ke spa ar rayyan sebab temujanji kul 3.00 petang lewat sikit sampai dalam kul 330. Mujur tiada orang menunggu lepas tu.
Aku buat bekam 5 cup sahaja. Kira custom la tu, minima 5 cup je. saja nak cuba sebab lama sangat tak buat bekam ni. Lagi pun ini adalah sunnah dan anjuran Nabi SAW.
Abang ngah ambil full rawatan bekam muka. Sebab masalah resdung dia yang kuat, kita cubalah rawatan resdung ni dulu lihat macamana kesan dia.
Aku punya sesi sekejap je dalam setengah jam siap. bekam kat bahagian leher 2 cup, pada bahagian bahu 3 cup. lepas bekam tu rasa lega sikit. ringanlah rasa badan. Berjalan pun rasa ringan, pasni dia suh buat lagi tiga atau 4 bulan sekali.
Abang Ngah lama sikit hampir 45 minit, banyak darah kotor keluar. kalau tengok macam ngeri pun ada. Tapi takpelah harap semunya okay sahaja.
Abang ngah Rm109
Aku Rm55.
Kos semua RM164.00
Semalam kak lah call, mintak tolong datang rumah..
Nak mintak tahnik anak iman yang kedua..
Baru 30 hari, kalau ikutkan tahnik ni lepas bersalin, tapi takpelah sekurang-kurangnya dia ada niat nak hidupkan sunnah dalam urusan kehidupan mereka. Yang mana hari ni kebanyakan orang ramai dah tidak menghidupkan sunnah nabi saw dalam kehidupan seharian mereka...
Aku datanglah seperti mana yang dijanjikan esoknya dalam kul 11.00 pagi, malas nak datang awal takut masih lagi tidur dan beristirehat.. hari cuti sabtu pulak tu.
Sampai je kat depan rumah ketuk pintu tiada orang buka, bagi salam dekat 5 kali pun tiada bunyi apa-apa. Aku call kak lah pun tak berangkat. ketuklah lagi, call semula.. akhirnya dapatlah kak lah angkat, katanya ke bandar beli barang.
Tunggu jap kat buaian depan rumah dia. tak lama pastu kak lah sampai, borak sekejap pastu tiba2 bini yusoff belakang rumah datang termengah-mengah mintak tolong, katanya dengar sura mak cik eton belakang rumah jatuh. Aku bertiga pun bergegas ke rumah tu. sampai-sampai je tengok mana orang nya.
Pastu nampak badan orang terlungkup tepi beranda dapur rumah dia. aku tengok dah keluar air2 pada badan dia, kaki pun nampak lebam, ada bau sikit. Nak pegang tak berani, panik tak tau nak buat apa, kak lah call 999 pastu call jpam, aku pun call meran.
Tak lama pastu meran sampai, jpam dan ambulan pun smpai jugak. tengok-tengok katanya dah meninggal. Mungkin dah 2 atau 3 hari, terus call balai polis daerah. lama jugak menunggu nak boleh kan sampai jeep polis tu, tunggu anggota diorang bersiap. lagipun unit ni hanya standby je.. jadinya memang diorang tak tunggu kat balai, dari pukul 11.30 pagi tu sampailah kul 2.30 petang baru selesai polis menguruskan jenazah arwah mak cik eton tu.
Dah siap semua tu barulah aku boleh buat tahnik anak iman. anak perempuan shafa al fatimah. Ikutkan 5 minit je urusan tahnik, tapi disebabkkan adfa urusan luar jangka macam tu hampir 3 jam baru siap. Alhamdulillah selesai semua kat kul 3.
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah dah pun masuk tahun baru 2026.
banyak juga menda yang berlaku pada aku tahun 2025 ini.
Disini aku nak share sedikit target dan kejayaan aku tahun ini.
Semoga ianya menjadi inspirasi dan satu penanda aras untuk aku lebih berjaya lagi pada tahun hadapan.
1. Menulis dan mengupdate blog ni sebanyak 203 artikel.
- Wow, pada aku ini adalah satu kejayaan yang besar jika dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya.
2. Menjaga kad kredit aku daripada digunakan, kosong penggunaannya.
- walaupun aku tak guna kad kredit, tapi masih lagi ada. Aku lebih gemar menggunakan kad debit sahaja.
3. Menabung sebanyak 3k sebulan demi untuk melunaskan segala baki hutang yang masih ada.
- meskipun dapat menyimpan tapi dugaan juga sangat banyak, tukar table top dapur sahaja dah hampir 5K. Mujur ada simpanan, begitu juga nak travel berjalan guna duit yang sama sehingga lari sikit target nak setelkan hutang. maintenance kereta juga guna duit saving yang sama. sebab itu simpanan ni sangatlah penting.
4. Menyelesaikan personal loan izan 21K.
- Ini antara installment yang besar secara bulanan. Alhamdulillah selesai.
5. Tempat travel tahun ini.
- Nemo Campsite, Balok.
- Kuala Lipis, Jerantut, Cameron Highlands.
- Kuala Terengganu. / September
- Kuala Lumpur, Putrajaya, Bukit Bintang.
6. Final Takraw Zon Bandar.
- Selama aku melatih budak ni, ini kali pertama dapat masuk final zon bandar. Tempat kedua pun dah kira okay.
7. Memulakan Tik Tok Affiliate.
- Alhamdulillah aku dah unlock satu income daripada tik tok, cuma tak beria lagi. Harap lepas ni kena lebih bersungguh lah.
8. Bacaan Buku Tahun ni, 8 Buah.
i- Psychology Of Money.- Morgan Hausel
ii- Ikigai.- Hector Garcia
iii- The Procastination Care- Damon Zahariades
iv- Mudahnya menjemput Rezeki 3- Fathuri saleh
v- attitude Is Everything- Jeff Keller.
vi- Hidden Genius.- Polina Marinova
vii- Kemalasan Peribumi Filipina.- Jose Rizal
viii- Teroka sains 6 - Dr Wan Fahmi/Dr wan Anies
#BanyakLayanPodcastLichessFBTikTokPunca.
9. Masuk liga komuniti ping pong.
- Tempat keempat, last dalam kumpulan.
10. Hutang Tinggal 3 yang kena langsaikan.
- Arrahnu
- Axia
-Maulana
Selamat Tahun Baru 2026
Cepatnya masa berlalu, baru sahaja dengan tahun 2025,
Masih banyak impian yang belum tercapai.
Semoga Tahun 2026 ini, lebih dari separuh impian dapat dicapai.
May Allah swt bless us..
19 Rejab 1447H
Dah dapat lesen L dah kakak. Sah selama 3 bulan sahaja. Tengoklah macamana nak buat ni.