30 October 2019

Cerita Candat Sotong

#Candat Sotong Siang..


Cerita kali ini tentang aku mencandat sotong bersama geng merchong. Kali ini aku ikut trip bersama cikgu zul, dalam team kami kali ini dia kira otai lah kalau dalam bab mancing. So, pape memang dialah yang akan jadi rujukan kami semua. Seminggu sebelum turun mancing aku dan ustaz lan dah start gi kedai pancing area ketapang hilir. Situ ada nasihat sikit, kalau beli barang sebab tu aku suka ke situ. senang nak tanya. Dari segi percakapan tuan kedai macam bunyi ala-ala jawa gitew. Disebabkan aku belum pernah mencandat sotong waktu siang nih. Jadi banyaklah soalan kat dia aku bertanya..

 Antara tips yang boleh aku kongsikan juga, kalau nak mencandat waktu siang ni kena guna umpan candat yang berwarna oren atau merah sahaja. Kalau guna warna biru ke atau lain dari itu memang tipislah nak dapat naik sotong.  Sotong yang banyak naik hari tu, kita yang duk belah pantai timur ni panggil sotong maba. Ada juga spesis sotong jarum tapi tak banyaklah sangat.

  Bekalan makanan yang dibawa kali ni bukan main banyak lagi, tapi xlepas nak makan atas bot. Perasaan punya rasa nak muntah kalau tersilap makan. Jadi aku hanya makan cekedis jer. Roti ke apa ke memang tak boleh nak telan. Air 100 Plus yang beli pun aku tak minum. Duk minum air masak sahaja. Itu pun sebagai strategi tak nak rasa loya dan muntah.

  Pagi sebelum bertolak tu memang aku tak makan pedas. Ambik lauk nasi lemak pun sekadar rasa je.. minum air masak sikit pastu pergi ke tandas kat masjid merchong tu. Memang kena buang semua yang ada supaya perut kosong dan tak penuh. Sebelum naik bot aku telan ubat mabuk dulu dua biji tak nak bagi muntah. Ubat ni memang khas untuk ibu mengandung yang mual2 rasa loya nak muntah. Boleh dapatkan di mana2 farmasi yang berdekatan.

  Trip kali ini aku pergi berlapan orang semuanya geng cikgu, sorang smk nenasi, 5 orang sk merchong sorang lagi sk terentang dan termasuk lah aku.. Yang kali pertama ada lah 2 orang yang lain tu semua pernah turun memancing kat laut. Yang aku ni plak ini baru kali pertama aku turun memancing pergi pagi balik petang guna bot fiber. Sebelum ni semuanya trip bermalam. Aku sedikit teruja bila boleh balik hari maklumlah kalau apapun dah tau jadualnya yang aku akan balik petang tu jugak tak perlu nak bermalam tengah laut.
  Sepanjang perjalanan tu aku agak teruja sebab bot fiber ni memang laju. Enjin dia pakai 2 biji, sebiji berkelajuan 150cc bila dia pasangkan 2 biji enjin yang berkelajuan 150cc. Memang rasa melompat lompat duk atas bot tu. Tempat yang nak dituju pun terasa cepat je sampai. Disamping melihat pemandangan yang cantik aku rasa inilah suatu pengalaman yang berharga buat diriku.
  Kali ini tekong bawak ke tempat yang dipanggil Pulau Berhala. Yelah, memang dari jauh hanya ada sebuah batu besar yang seakan-akan berhala sahaja. Pulau ini berhampiran dengan kampung tanjung batu. Tempat dimana kalau dikawasan pekan, nenasi dan rompin ianya sebagai tempat melihat anak bulan ketika hendak mementukan permulaan puasa dibulan Ramadhan. Kawasan air laut sini pun dah berwarna biru dimana ia menyatakan tahap kedalaman yang tinggi hampir 30 - 50kaki dari bawah aras laut. Kawasan ini ikan memang sangat banyak sebab banyak terdapat batu karang dibawahnya.

  Apabila berlabuh sahaja sauh bot. Tekong menyarankan untuk mula mencandat. Hasil memang luar biasa. Sekali campak terus naik sotong bersaiz dewasa dan sangat menceriakan suasana bot pada waktu itu. Cikgu zul adalah orang pertama membawa naik sotong pada hari tersebut. Justeru diikuti tekong yang turut membantu bagi menambahkan hasil pancingan pada hari tersebut. Dikawasan itu sahaja kami sudah berpuashati dengan hasil yang diperolehi.

  Setelah lama hampir dua jam berada disitu kami mula beredar untuk mencari port baru. Jaraknya tidak terlalu jauh. Apabila terjumpa unjam sahaja maka bot akan berlabuh. Disini aku dah tak guna candat sotong dek kerana hasil bagi aku dengan sotong pada hari tersebut tidak seberapa maka aku membuat pilihan agar menggunakan apollo bagi mengembalikan mood memancing meningkat semula. Disini memang tidak mengecewakan apabila apollo yang aku gunakan penuh dengan ikan jenis kunyit beratur pada mata apollo ku. Tiap kali mata pancing dilabuhkan pasti akan terasa getaran tali pancing ikan membaham umpan pada apollo ku.
 Hasil untuk trip pada kali ini sangat memuaskan hati. Biarlah gambar yang berbicara. Jika nak diikutkan, memanglah tidak sebanding nelayan profesional. Namun jika dinisbahkan dengan geng yang boleh dibilang dengan jari sahaja trip memancingnya, maka hasil yang sebegini sangatlah memuaskan hati pada trip pada kali ini.

 Sekian coretan pada kali ini.

Doa Lunas Hutang

Doa Mashur daripada hadis Nabi SAW..