06 August 2026

Johan Kadet Bomba

Alhamdulillah
Tahniah Kat Abangah atas pencapaian ini.
Johan Kadet Bomba Daerah Kuantan.
Mssp.

Daripada tak nak masuk
Diajak oleh amsyar masuk
Ditinggalkan amsyar sebab dia ke bola baling..
Pergi sorang sorang..

Nak berhenti
Dah give up..
Takde kawan..

Akhirnya johan..

Wah..
Inilah takdirnya..
Memang perit pada awalnya .
Tapi manis di akhirnya..

Selamat maju jaya..
Moga ada rezeki di kebangsaan nanti.

03 August 2026

10 Perkara Kena Diam

Kalau nak kehidupan kita aman, tak perlu semua perkara nak cerita. Banyak menda tuhan bagi kat kita je. Jadi, syukur dan diam sahaja.

29 July 2026

Junaidah Pindah Sekolah

 Belum lama lagi akie pindah.

Ustazah Jun pulak kena pindah.

Tak jauh mana ke Sk Langgar.

Tapi kira dekatlah dengan rumah dia.


Tarikh surat pindah dia 27 Julai 2026.

Tapi kenalah setelkan urusan mana yang patut dulu.

Lepas ni tak tahulah siapa pulak yang kena.


Kalau akie buat di rest house yang ni katanya di sumpit sumpit.

Tunggu ajelah ya.



Bomba MSSP

Tahun ni abangah terpilih kadet bomba peringkat negeri.

Latihan selama 4 hari di bomba taman tas.

kalau ikutkan dia bersama dengan amsyar.

Tapi amsyar pulak terpilih untuk bola baling mssp.


Terpaksalah dia pergi seorang diri.

Untuk team kuantan ada 11 orang terpilih semuanya.

Minggu depan baru pertandingan.

Pertandingan pun selama 4 hari jugak.


Kalau ikutkan dia malas nak masuk sebab takde geng.

Kenalah bagi motivasi sikit supayaa dia bersemangat..

Tahun ni adalah tahun perkembangan dia.


Semoga terus maju sampai ke puncak kejayaan..


25 July 2026

Khatam Abang Ngah

25 Julai 2026
Sabtu
4.15pm
MTDUB

Alhamdulillah selepas 4 tahun pengajian.
AKhirnya berjaya juga abangah menyelesaikan hafazan beliau sebanyak 30 juzuk.

Bukan mudah tapi tidak mustahil.
Syukur alhamdulillah terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan pengajian hafazan abangah ini.

Terutama ustazah mukminah selaku guru halaqah beliau 

Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik puan.

Semoga Abangah terus sukses di dunia dan akhirat.

Johan Kadet Bomba

Alhamdulillah Tahniah Kat Abangah atas pencapaian ini. Johan Kadet Bomba Daerah Kuantan. Mssp. Daripada tak nak masuk Diajak oleh amsyar mas...